Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

12 Rakyat Asing Ditahan...

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 12 rakyat asing ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan...

Isu Terowong: SPRM Akan...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang dalam proses mendapatkan khidmat...

Tanda Lahir Bentuk ‘Love’...

SEORANG bayi lelaki di Turki dilahirkan dengan keadaan cukup istimewa apabila memiliki tanda...

Jerebu: Jokowi Malu Dengan...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini merasa malu dengan Malaysia...

Dirogol Paderi Wanita Ketika Usia 12 Tahun

SEORANG warga emas, Edward Hayes, telah menjadi mangsa rogol seorang paderi wanita di Britain ketika dia berusia hanya 12 tahun.

Menurut laporan media tempatan, kes penganiayaan itu berlaku selama tiga tahun ketika dia ditempatkan di sebuah pusat kebajikan di Lancashire.

Dia dirogol hinggakan pelaku jenayah itu mengandungkan anak Hayes. Kini, pada usia 76 tahun, Hayes akhirnya bertemu dengan anak perempuannya, yang dilahirkan oleh paderi wanita berkenaan.

Anaknya itu sudah berusia 62 tahun dan mempunyai empat anak.

“Ia adalah hari di mana saya tidak sanggup percaya bahawa perkara ini akan berlaku. Kini kami telah bertemu dan masa emas saya ini akan menjadi lebih baik,” kata Hayes.

Manakala anaknya pula, yang tidak didedahkan identiti berkata, selepas lebih 20 tahun mencari bapanya akhirnya dia bertemu juga dengan lelaki itu.

“Saya bertemu dengannya pada usia 62 tahun dan anak-anak saya kini mempunyai datuk,” katanya.

Hayes, sebelum ini mendedahkan dia telah dirogol oleh Sister Mary Conleth, 27, ketika dia menetap di sebuah pusat kebajikan.

Dia hanya berusia 10 tahun dan dikenali sebagai Billy ketika dibawa ke pusat terbabit selepas hidup dalam kemiskinan dan menderita akibat tidak cukup makan.

“Ketika itu saya gembira kerana dapat makan dan mandi. Tahun pertama saya di situ memberikan banyak kenangan manis.

“Saya pelajar cemerlang dan menyanyi koir. Saya juga bermain bola,” katanya.

Bagaimanapun selepas Mary tiba di situ beberapa tahun kemudian, suasana berubah. Mary bekerja di bilik dobi dan meminta bantuan Hayes.


“Kejadian itu berlaku ketika saya bekerja di bilik dobi. Saya hanya berusia 12 tahun. Dia melondehkan seluar saya, menolak saya ke lantai dan berada di atas badan saya.

“Dia tidak memakai seluar dan selalu bercakap lucah dengan saya. Saya tidak membenarkan dia mencium bibir saya,” katanya.

Pada usia 14 tahun, Hayes ditempatkan di biliknya sendiri dan sejak itu Mary selalu mengunjunginya pada waktu malam.

Penganiayaan itu hanya berakhir pada April 1956 apabila Mary mengisytiharkan dia mengandung.

“Pada masa itu saya tidak faham bagaimana saya boleh membuat dia mengandung sebab saya tidak pernah cium dia, saya sangat naif,” katanya.

Mary dihantar balik ke Ireland manakala Hayes dijadikan anak angkat oleh satu keluarga namun dia bertukar menjadi pemabuk pada usia 21 tahun.

Dia berkahwin dan mempunyai dua anak, namun kemudian bercerai.

Hanya pada 1998, Hayes mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa paderi. Memandangkan Mary meninggal dunia pada 2002, jadi dia tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anaknya.

Akhirnya publisiti demi publisiti yang dilakukannya, Hayes akhirnya bertemu dengan anak perempuannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori