Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Para KL2017: 5 Acara...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tempatan berpeluang menyaksikan lima jenis sukan pada Sukan...

Keluarga Perlu Peka Soal...

JOHOR BAHRU - Kesedaran soal kesihatan mental perlu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat khususnya...

Sanusi Diberi 48 Jam...

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diberi...

Perlis Rancang Dua Projek...

KANGAR - Dua projek iaitu penanaman pokok ketum untuk tujuan perubatan dan penjanaan...

Ditahan Gara-Gara Anak Patung Penuh Depan Lori

POLIS di Kent, England menahan sebuah lori gara-gara papan pemuka kenderaan itu dipenuhi dengan anak patung.

Pemandu lori tersebut diarahkan berhenti berikutan anak patung yang banyak itu boleh menghalang pandangannya semasa memandu.

Beberapa anak patung dikenal pasti diletakkan di cermin hadapan lori, antaranya ialah Homer Simpson, Batman dan Donald Duck.

Gambar papan pemuka lori yang dipenuhi anak patung itu dirakamkan polis pada Khamis.

KentLive melaporkan bahawa imej tersebut kemudian dimuat naik di Twitter.

Selain itu, pihak polis turut menemui anak patung lain seperti Bart Simpson, Minion dan Mickey Mouse serta anak patung anjing.


Seorang jurucakap Polis Kent berkata: “Pegawai mengarahkan seorang pemandu lori menghentikan kenderaannya yang menghalang pandangan pemanduan pada Khamis di A282 dekat Dartford River Crossing.

“Pemandu itu turut didapati memandu lebih masa dan didenda £700 (RM3,738),” katanya. – MIRROR UK

*Video sekadar hiasan…

Kategori