Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kurta ‘Pendekar’ Jadi Pilihan...

IPOH - Kurta iaitu pakaian tradisional masyarakat lelaki India kini menjadi 'trend' dan...

Skim Thohir Tingkatkan Bilangan...

KUALA LUMPUR ā€“ Kempen Skim Thohir 2017 merekodkan peningkatan pembayar zakat berjumlah 7,035...

Balotelli Dakwa Diejek Sebagai...

BADAN bola sepak Perancis memberitahu AFP yang mereka akan menyiasat aduan penyerang Nice,...

Ringgit Terus Jatuh, Cecah...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus turun bagi tempoh lapan hari dagangan berturut-turut, mencecah...

Ditahan Miliki 53 Pil Eramin 5, Mengapa Uqasha Bebas?

KUALA LUMPUR – Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) meluahkan rasa terperanjat pihak itu berikutan pembebasan pelakon terkenal, Uqasha Senrose walaupun ditahan dengan 53 biji pil Erimin 5.

Pengerusinya, Datuk R. Sri Sanjeevan berkata, jika mengikut prosedur sebenar, individu yang ditahan memiliki dadah sebanyak itu sepatutnya direman terlebih dahulu selama beberapa hari bagi mendapatkan maklumat.

ā€œApabila seseorang itu mempunyai Erimin 5 dalam pegangannya, dia patut direman dahulu, sekurang-kurangnya tiga hari.

ā€œReman dahulu untuk mengumpul maklumat macam mana dia dapat dadah tersebut. Itu yang orang panggil intelligence gathering (pengumpulan data perisikan),ā€ katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Jelas Sanjeevan, sekiranya aktres jelita itu ditahan reman, pihak polis boleh mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai aktiviti pengedaran dadah tersebut.

Datuk R. Sri Sanjeevan

Sanjeevan berkata, biarpun ujian saringan awal air kencing pelakon berusia 26 tahun itu didapati negatif, memiliki dadah sahaja merupakan satu kesalahan yang sepatutnya menjurus kepada penahanan reman bagi pelakon itu.

Beliau juga membangkitkan persoalan yang bermain di benak fikiran orang ramai tentang pembebasan Uqasha yang dilihat sebenarnya tidak mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.

ā€œPelakon ini, walaupun ujian air kencingnya negatif, tapi dia mempunyai dadah dalam pemillikannya. Maka apabila ada dadah, individu itu patut direman.

ā€œKenapa perkara sebegini ada Prosedur Operasi Standard (SOP) berlainan untuk orang yang berlainan status kedudukan dia? Saya tak tahulah, kita kena tanya pengarah narkotik,ā€ ujarnya.

Tambahnya, individu yang memiliki lebih 15 gram dadah Erimin 5 boleh disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.


Bagaimanapun, pihak polis kemudian mengesahkan Uqasha hanya memiliki 14 gram dadah tersebut dan hanya disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sekiranya disabit kesalahan di mahkamah, ia boleh membawa kepada hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Uqasha ditahan pihak polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Sumber berkata, dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, di ibu negara selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pukul 11.45 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap artis wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dibebaskan dari tahanan dengan jaminan pihak polis. ā€“ MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori