Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

120 Kilogram Emas Hasilkan...

MAKKAH - Sejumlah 120 kilogram benang emas dan 120 kilogram benang perak digunakan...

Krisis MB Selangor: Pemimpin...

PETALING JAYA - Semua pihak perlu mengamalkan batasan berhubung krisis menteri besar di...

Siasat Dakwaan Laman Blog...

PUTRAJAYA - Sebuah badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Pengarah KK Mart, Pembekal...

Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew...

Dr. Hamsiah Bangkit Rebut Inisiatif Kerajaan

JITRA – Setiap wanita adalah hebat dan mempunyai keistimewaan tersendiri yang perlu diterokai.

Itulah pegangan yang menjadi pendorong Presiden Kusda Holdings Sdn Bhd Prof Dr Hamsiah Ismail sehingga berjaya mengembangkan empayar perniagaannya bermula dengan modal RM3,500.

Bermula dengan membuka klinik homeopati, ibu tunggal yang merupakan antara pengasas awal produk popular makanan minda keluaran Era Edar Marketing, kini boleh berbangga memiliki kilang homeopati pertama di Asia Tenggara di Taman Industri Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dekat Napoh.

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan penasihat kepada empat syarikat di bawah Kusda Holdings, iaitu Era Edar Marketing Sdn Bhd, Darulaman Homeopathic Laboratories Sdn Bhd (HOMEOLAB), Chocen-Wrapper Chocolate House dan Maz Health & Beauty Sdn Bhd yang kesemuanya diuruskan oleh anak dan menantunya.

Ibu kepada 12 anak berusia 22 hingga 43 tahun itu berkata beliau mula bangkit untuk memajukan diri dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat sejak suaminya meninggal dunia pada 2007 dan merebut pelbagai tawaran dan inisiatif diberikan kerajaan dalam pelbagai bidang.

“Keda banyak membantu untuk mempromosi segala produk dan hasil jualan saya dan sehingga kini HOMEOLAB misalnya telah beroperasi di 21 lot bengkel di zon Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seliaan KEDA,” kata Dr Hamsiah.

KEDA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan meliputi pembangunan industri kecil dan sederhana serta program keusahawanan, latihan kemahiran, pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial.

Beliau berkata kerajaan telah memberikan banyak peluang dan inisiatif untuk membantu mereka yang berminat menjadi usahawan malah beliau sendiri turut menerima geran RM150,000 Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) untuk membeli mesin ekstrak bagi tujuan kegunaan di kilang HOMEOLAB tersebut.

Kejayaannya membolehkan beliau menerima banyak anugerah misalnya Anugerah Tokoh Pekerja Negara (2013), Anugerah Majikan Prihatin (2012) dan Anugerah Asas Tani Jaya (2010) yang kesemuanya disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain Anugerah Inspiring Women pada 2009 yang disampaikan Datin Seri Rosmah Mansor.

Dr Hamsiah berkata dalam usaha memartabatkan dan membantu golongan wanita, beliau turut mengambil 70 peratus kaum hawa untuk mengisi perjawatan bermula dari pengurusan tertinggi sehingga ke bahagian operasi seperti pembungkusan.


“Saya banyak sarankan wanita untuk bergerak, kerajaan sangat peka dan kasih terhadap wanita dan ibu tunggal, kerana wanita melahirkan generasi yang akan memimpin negara, kalau asyik tepuk kepala cakap tak ada duit itu memang payah.

“Saya juga amat gembira dan rasa bersyukur bila dapat tahu kerajaan melalui manifesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke-14 berazam untuk memperkasakan wanita dan menggilap potensi ibu tunggal di negara ini,” katanya yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Kedah.

Pengarah SME Corp Kedah Syarol Azuan Zakaria berkata pihaknya misalnya tidak pernah bersifat bias jantina dalam soal memberikan bantuan kepada usahawan IKS di negeri ini,

Katanya menurut Jabatan Statistik Negara, sejumlah 12,000 daripada 54,000 syarikat IKS di negeri ini dimiliki oleh wanita, manakala seramai 55 daripada 135 peserta Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 2018 juga adalah wanita.

“Wanita dilayan setara dan sama rata, malah golongan wanita ini seolah-olah satu karakter yang istimewa, dan kerajaan ada pelbagai program khas untuk kaum hawa misalnya bantuan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori