Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BN Sasar Menang 10...

BANDAR BAHARU: Sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah menjadi sasaran Barisan Nasional (BN)...

Laci, Katil Vintaj Dengan...

SEKALI pandang, tidak ada sesiapa yang menyangka perabot berupa laci vintaj dan sebuah...

50 Bas Beroperasi Tahun...

MELAKA - Sebanyak 50 bas akan beroperasi di Bandaraya Melaka menjelang akhir tahun...

Syiah Beri Persepsi Negatif.....

Adalah tidak kena apabila sebuah portal barat melaporkan kononnya ini adalah salah satu upacara...

Dr. Streram Fail Petisyen Pilihan Raya DUN Rantau

SEREMBAN – Calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram hari ini memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini untuk memohon pengisytiharan bahawa kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi itu adalah tidak sah.

Dr. Streram, 63, memfailkan petisyen itu melalui peguam bela dan peguam cara Sreekant a/l M.G Gangadharan Pillai, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Sathia Stella Sidhu pada pukul 3 petang.

Beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

Pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 28 April lepas, Mohamad yang merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi DUN Rantau diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh Amino Agos.

Ini berikutan Dr. Streram, tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon. – BERNAMA

Kategori