PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri Malaysia, hari ini mengunjungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di sebuah hotel terkemuka di sini.
Dr. Wan Azizah yang diiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Ketua Umum PKR mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Lee dan isterinya Ho Ching.
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr. Wan Azizah berkata ia merupakan satu penghormatan untuk bertemu Lee dan isterinya dan bahawa pertemuan itu merupakan pertemuan yang ābaikā.
āPerbincangan turut menekankan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sebagai negara berjiran di rantau ini,ā katanya.
Terdahulu, Lee mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, pertemuan pertama mereka selepas Dr. Mahathir kembali menerajui negara susulan kemenangan Pakatan Harapan pimpinannya dalam pilihan raya umum pada 9 Mei.
Sementara itu, Anwar berkata beliau berbesar hati dapat bertemu Lee, yang sudah dikenalinya semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu.
āBagi saya, amat berbesar hati dapat bertemu dengan Lee. Pada asasnya kami percaya akan hubungan dua hala yang lebih erat dengan Singapura berikutan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menegaskan perkara ini,ā katanya. – BERNAMA