Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 1 Tahun Mati...

KULAI - Seorang kanak-kanak berusia setahun meninggal dunia dipercayai lemas di dalam kereta...

Hujan Lebat Dijangka Beralih...

Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor...

3,000 Rakyat Johor Bukan...

Ramai sedia maklum, salah seorang putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Al-Marhum...

Bekas SUSK Bekas Menteri...

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan, seni dan...

Dua Lelaki Terlibat Kes Curi Kenderaan Ditahan

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Johor Bahru dan Kluang menerusi operasi di Kluang, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menahan lelaki berumur 27 tahun itu yang di hadapan sebuah kedai di Jalan Bintang Ria 3, Simpang Renggam, dekat Kluang.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah kenderaan lain dan beberapa peralatan di premis itu.

Selain itu, seorang jurukimpal lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai pembeli sebuah lori jenis Mitsubishi yang dicuri turut ditahan di rumahnya di Felda Ulu Penggeli, dekat Kluang, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain sebuah kereta dan sebuah lori, polis juga merampas peralatan mencuri kenderaan seperti kayu cota, alat pemotong, tukul besi, alat pemotong dawai, playar muncung tirus, pemutar skru lepet, pisau, pemutar ’allen key’ dan sepasang sarung tangan, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM50,000.


Abdul Razak berkata hasil saringan air kencing mendapati penganggur itu positif dadah jenis MOP serta mempunyai rekod jenayah lampau.

Kedua-dua lelaki itu direman empat hari bermula semalam (19 Mei) mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

Kategori