Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAN Kini Sudah Capai...

PASIR PANJANG – Bekas Setiausaha Pas Negeri Selangor, Norman Toha mendakwa perpecahan yang...

Polis Siasat Kafe Hias...

GEORGE TOWN - Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dua kafe di...

Mesyuarat Lancar, Fokus Pelan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan Felda Global Ventures...

Arul Kanda Pembahas Yang...

PETALING JAYA - Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang 'lagenda di kalangan...

Dua Pemain Buat Jose Mourinho Bengang!

JOSE Mourinho bengang dengan dua pemainnya yang dikatakan tidak menunjukkan usaha ketika aksi final Piala FA awal pagi Ahad.

Romelu Lukaku berada di bangku simpanan selepas memberitahu pengurusnya bahawa dia tidak cergas berikutan kecederaan di buku lali.

Sebelum perlawanan, penjaring terbanyak kelab itu yakin untuk berada dalam sebelas senarai terbaik sehinggalah seminggu menjelang final.

Manakala Marouane Fellaini terlepas tiga aksi terakhir perlawanan musim ini dengan mengalami kekejangan otot dan tidak berada dalam skuad utama, walaupun sumber terdekat pemain itu mendedahkan dia sebenarnya berada dalam keadaan baik.

Lukaku dan Fellaini (kanan).

Mourinho mengesyaki kedua-dua pemain itu cuba melindungi mereka daripada kecederaan untuk pada Piala Dunia nanti.

“Apabila pemain memberitahu mereka tidak bersedia untuk bermain, timbul persoalan berapa minit anda boleh bermain.


“Bagaimana untuk menyakin pemain yang memberitahu saya mereka tidak bersedia?” ujarnya merujuk kepada Lukaku selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, United tewas 1-0 kepada Chelsea. – mStar Online

Kategori