Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Nelayan Sifatkan Najib Sebagai...

SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai pembela...

LHDN Tuntut Najib Bayar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memfailkan saman untuk mendapatkan semula...

Lelaki Rentung Kereta Dipandu...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di...

Gadis Palestin Tampar Askar...

BAITULMAQDIS - Seorang wanita Palestin yang didakwa sengaja menyerang seorang tentera Israel di...

Dulu Puasa Dengan Anak, Kini Izreen Dah Ada Suami

RAMADAN tahun ini pastinya merupakan antara detik paling dinantikan pelakon Izreen Azminda apabila dia menyambut kedatangan bulan mulia ini bersama dengan suami tersayang, Ude Wahid.

BACA: Tolak Kontroversi, Izreen Maafkan ‘Makcik Bawang’

Selama tiga tahun hidup bersendirian bersama anak, kini Izreen dikatakan berasa tidak sabar untuk menikmati hari-harinya untuk terus bersahur dan berbuka bersama suami selepas mereka diijabkabulkan pada 8 Ogos tahun lalu.

“Alhamdulillah, sambutan Ramadan kali ini lebih bermakna sebab ada suami. Sebelum ini, kalau berbuka di rumah saya dengan ibu dan anak saja.

“Sejujurnya, saya tidak sabar nak menyediakan masakan kegemarannya iaitu ayam asam pedas. Memandangkan dia orang Johor, jadi memang tidak boleh lari daripada asam pedas,” kata Izreen dipetik portal Harian Metro.

Malah, Izreen turut berkongsi bahawa suaminya sangat menggemari masakan ringkas serta mudah disediakan.

Jadi, pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkap itu tidak perlu bersusah payah menyediakan banyak jenis makanan dan hanya perlu menyiapkan dua jenis lauk pauk sahaja tetapi yang penting haruslah pedas!

“Alhamdulillah, suami bukan jenis cerewet. Kalau teringin nak makan sesuatu, baru dia minta saya buat. Pendek kata, dia sangat mudah,” ujarnya.


Dalam masa yang sama, Izreen turut terbabit dalam beberapa program rakaman raya sepanjang bulan Ramadan ini.

Dia lebih memilih untuk berehat sebentar daripada menerima tawaran berlakon dan hanya sedia untuk melakukan rakaman program sahaja kerana ia tidak memerlukan masa yang panjang.

Oleh itu, dia akan mendapat lebih masa untuk bersama dengan anak lelaki kesayangannya itu di rumah.

Ketika disentuh berkenaan cahaya mata, wanita berusia 32 tahun itu telah menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

“Kalau ada rezeki, adalah. Saya dan suami tidak merancang. Semua ini ketentuan Allah. Kalau diberikan rezeki, saya mengimpikan anak perempuan,” tambahnya laagi. – MYENWSHUB.CC

Kategori