Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Somalia: Aktivis Menangis Daun...

KHABAR terbaharu dari Somalia sangat memilukan. Jutaan umat Islam di sekitar Mogadishu berbuka...

Beri Makan Percuma, PM...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan 'persinggahan mengejut' ke...

Kandungan Media Sosial Palsu...

KUANTAN - Kandungan berita atau kenyataan palsu yang disebarkan menerusi media sosial menjadi...

Selepas Lawat Israel, Netanyahu...

GAZA : Seorang pegawai kanan Hamas, menjemput bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk...

Eh… Adam Rosli Jadi Pegawai KPKT?

DATUK Adam Rosli yang  pernah terpalit dengan skandal rasuah nampaknya sekali lagi menjadi bualan apabila beliau baru-baru ini dilihat ‘segak’ bak sudah dilantik menjadi seorang pegawai kerajaan.

Dalam perkongsian di laman Facebook miliknya, beliau memuat naik beberapa gambar menunjukkan dirinya sedang mengikuti sesi mesyuarat atau berbicang bersama kakitangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang itu malah turut berkongsikan gambar dirinya bersama beberapa pegawai kerajaan ketika melawat tapak bangunan.

“Pagi ini bersama Kementerian Perumahan meninjau kerja-kerja pembaikan tangki & perpaipan pangsapurti, turut hadir kontraktor yang telah dilantik.

“Mesyuarat dengan pegawai-pegawai kementerian perumahan bagi urusan menaiktaraf pangsapuri,” tulisnya dalam kapsyen gambar.


Pun begitu, beliau kemudian cuba menafikan jawatan tersebut dan hanya mendakwa sebagai pengurus kepada pangsapuri berkenaan dan bukannya merupakan pegawai KPKT.

Adakah jawatan ‘terbaru’ itu menguatkan lagi dakwaaan berhubung desas-desus mengatakan yang beliau sememangnya merupakan pegawai khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin?

Jika benar, maka tidak hairanlah mengapa aset pemuda ini sudah pun memiliki berjuta-juta ringgit biarpun umurnya baru sahaja mencecah tiga puluh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori