Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ubat Elak Stres Lepas...

UMUM mengetahui Kim Kardashian dan suaminya Kanye West baharu sahaja menyambut kelahiran anak...

E-Kehakiman Malaysia Tarik Perhatian...

KUALA LUMPUR – Konsep Mahkamah Elektronik (e-Kehakiman) yang diamalkan di Malaysia mendapat perhatian...

Misi Cari MH370 Langgar...

Menurut Des Ross, seorang pakar penerbangan Australia, kos operasi pencarian pesawat MH370 meningkat...

Debaran Tunggu Nasib Empat...

Shandong - Sepasang suami isteri yang menyambut kelahiran anak kembar lima - empat...

Elaine Daly, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

TAHNIAH kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara popular iaitu Elaine Daly telah selamat menimang cahaya mata yang kedua hasil perkongsian hidup bersama suami, Nick Borden.

Memetik sumber, bayi perempuan yang diberi nama Mia Alice Boden itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada Jumaat.

Perkhabaran gembira tersebut telah dikongsi oleh pelakon berkenaan menerusi laman Instagram namun tidak memberi informasi lebih lanjut mengenai puteri kecil itu.

Pada masa sama, suaminya turut meluahkan rasa gembira kerana segalanya berjalan lancar dan menyambut baik kehadiran bayi cilik itu yang semestinya bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka.


Perkongsian tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang rata-rata tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini diatas kelahiran bayi mereka.

Elaine berkahwin dengan cinta hatinya yang juga seorang doktor berasal dari Afrika Selatan pada 4 Disember 2014. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Eva Jean Boden, 3 pada 2015. – MYNEWSHUB.CC

Kategori