Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Ada Manfaat Tawar...

Mencantas kenyataan Nurul Izzah Anwar tentang dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah...

Agong Berkenan Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Kata Pro-Tun Mahathir, Tapi...

KUALA KANGSAR - Kata orang tua zaman dulu, kalau kerap sangat tersasul sebut...

E-mel Menang Hadiah TNB...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak mempercayai e-mel yang mendakwa kononnya mereka...

Elemen Al-Quran Panduan Hadapi Beza Kaum, Agama

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah menyeru umat Islam menjadikan elemen seperti keadilan, toleransi, diplomasi dan persefahaman yang diajar al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi perbezaan kaum dan agama.

Baginda bertitah ini kerana al-Quran telah membawa bersama-sama prinsip asas dalam mengatur kehidupan manusia selari dengan keperluan fitrah manusia itu sendiri.

“Dalam konteks negara kita Malaysia, ideologi negara merupakan suatu bentuk identiti dan nilai bersama yang perlu dipegang oleh seluruh rakyat.

“Perkongsian rasa milik bersama ini amat penting nilainya dalam melahirkan semangat untuk bersama-sama memelihara kedaulatan, keamanan dan membangunkan ekonomi negara,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada Majlis Tilawah Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-60 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha.

Sultan Muhammad V mengajak seluruh umat Islam supaya terus komited dan menetapkan hati untuk mengangkat dan menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan paling utama dalam kehidupan.


“Sesungguhnya rahmat dan hidayah Allah akan sentiasa mewarnai hidup kita andai kita terus mengangkat dan meninggikan kalimah Allah, insyaAllah,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah keamanan dan kesejahteraan negara yang dikecapi adalah hasil usaha semua rakyat dan ia menjadi tanggungjawab bersama untuk memeliharanya.

“Ancaman keselamatan sentiasa ada di mana-mana dan wujud tanpa disangka.Tanggungjawab dan perjuangan untuk memelihara keselamatan negara adalah sebahagian daripada ibadah dan amat dituntut dalam agama,” titah baginda.

Baginda bertitah lagi, kesejahteraan sesebuah negara bergantung kepada kualiti rakyatnya yang memiliki keimanan, keikhlasan, ketinggian peribadi serta kekuatan rohani dan jasmani. – BERNAMA

Kategori