Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM2j Tambahan Untuk PPRT,...

KOTA KINABALU - Kerajaan pusat akan menambah RM2 juta peruntukan bagi Projek Perumahan...

63 PATI Ditahan Ketika...

SHAH ALAM - Bayi perempuan berusia lapan bulan antara 63 pendatang asing tanpa...

Hamidin Tak Tanding Jawatan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd...

Dubai Ada Trak Makanan...

UNIK... Menariknya! Dapur terapung yang pertama di dunia berkonsepkan seumpama trak makanan bakal...

Empat Suspek KFR Ditembak Mati Polis

LAHAD DATU – Pasukan khas ESSCOMM dengan kerjasama Unit 69 Komando dan Pasukan Polis Marin terlibat dalam situasi tembak-menembak dengan suspek kumpulan Kidnapping For Ransom (KFR) yang menyebabkan empat penjenayah maut ditembak.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi, pihak berkuasa telah melakukan Rondaan Jarak Jauh menggunakan Bot Adal 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Perairan Laut Sahabat, di sini.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan PDRM Kontinjen Sabah, sebuah bot dipercayai memuatkan penjenayah rentas sempadan telah dikesan meluncur laju ke arah sekumpulan bot nelayan sewaktu rondaan itu.

Pasukan keselamatan cuba membuat pintasan dengan menyalakan lampu biru polis namun secara tiba-tiba bot yang dipercayai memuatkan lima hingga enam orang mencurigakan itu melepaskan tembakan ke arah polis.

Pihak berkuasa kemudiannya membalas tembakan bagi tujuan mempertahankan diri dan setelah situasi reda, pihak polis telah menemui dua mayat lelaki dengan kesan tembakan di dalam bot dan dua mayat lagi di dalam laut.

Selepas diperiksa, empat lelaki yang maut itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Dalam kejadian tembak-menembak itu, pasukan keselamatan tidak mengalami sebarang kecederaan dan satu das tembakan dari suspek telah meninggalkan kesan di bahagian kiri Bot Adal 19.


Penemuan kelongsong peluru dalam bot tersebut menunjukkan bahawa kumpulan suspek itu menggunakan senjata api berat yang dipercayai tercampak ke laut semasa insiden berbalas tembakan.

Bagaimanapun senjata api itu sehingga kini masih belum ditemui setelah pasukan Unit 69 Komando dan Pasukan Polis Marin melakukan selaman ke dalam air bagi mencari senjata berkenaan.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa telah merampas sebuah bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, satu enjin bot, sepucuk pistol, pelancar bom (grenade launcher), 21 butir kelongsong peluru 7.62mm dan 13 butir kelongsong peluru 5.56mm. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori