Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRK Pertama Dalam Tempoh...

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini bakal mencatat sejarah...

Zahid Tidak Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan...

Didakwa Sembunyi Nikah, Ini...

MASIH belum habis lagi nampaknya fenomena Fattzura apabila dilihat ada lagi pihak yang...

Pasar Pagi Pekan Semenyih...

SEMENYIH - Sejak beberapa tahun lepas, mukim Semenyih yang berada dalam daerah Hulu...

Enam Cedera Kemalangan Libatkan 17 Kenderaan

ALOR SETAR – Enam cedera dalam kemalangan membabitkan deretan 17 kenderaan selepas dirempuh lori pasir yang breknya dipercayai gagal berfungsi di persimpangan lampu isyarat di Pekan Simpang Kuala di sini, petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Firdaus Isa berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira 4 petang dan tiba di lokasi kemalangan tiga minit kemudian.

Beliau berkata enam anggota bersama sebuah jentera bomba tiba di lokasi kejadian segera membantu mengeluarkan seorang mangsa Nurdiana Omar, 26, dari Tobiar, Pendang yang tersepit di dalam kereta jenis Iswara Aeroback.

“Mangsa hanya mengalami luka di bahagian tangan dan kaki sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan manakala lima yang lain berjaya keluar dari kenderaan masing-masing sebelum pergi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Firdaus berkata pemeriksaan mendapati tiada mangsa lain terperangkap atau cedera dalam kenderaan masing-masing.

Seorang saksi kejadian Mohd Nazli Abdul Wahab, 42, berkata dia yang berada berhampiran tempat kejadian terdengar bunyi hon beberapa kali daripada sebuah lori pasir yang datang dari arah Alor Mengkudu ke Simpang Kuala.


“Lori yang dipandu seorang lelaki itu gagal memberhentikan kenderaan tersebut lalu merempuh deretan kenderaan termasuk sebuah van yang sedang menunggu lampu isyarat berkenaan.

“Dentuman kuat berlaku dan saya ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa bersama pihak bomba, nasib baik tiada mangsa yang terbunuh atau cedera parah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes itu sedang disiasat. – BERNAMA

Kategori