Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kos Haji Dijangka Terus...

KUALA LUMPUR - Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan,...

Sekretariat Suara Rakyat Lapor...

PUTRAJAYA - Sekretariat Suara Rakyat hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Kelantan Akui Beli Kereta...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengakui membeli kereta Mercedes Benz untuk pegawai tinggi...

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti...

Fasih Cakap Tamil, Calon BN Ketari Dekati Pengundi

BENTONG – Sekali mendengar dari corong pembesar suara di setiap program masyarakat India di Dewan Undangan Negeri Ketari, di sini, mungkin tiada siapa menyangka individu empunya suara yang sedang semangat berceramah dalam bahasa Tamil ini sebenarnya berbangsa Cina.

Kelebihan itu ada pada Datuk Lau Hoi Keong, calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-14 di DUN ini, sehingga mampu melakar senyuman di kalangan pengundi India di kawasan itu kerana kagum dengan kepetahannya bertutur dalam bahasa natif mereka.

Lau berkata beliau mempelajari bahasa Tamil hanya menerusi berkomunikasi dengan masyarakat setempatnya ketika dibesarkan oleh ibu tunggal di sebuah ladang getah di Kerling, Hulu Selangor.

Malah, bekas pemain bola sepak negeri Selangor ini yang hampir terpilih untuk ke Temasya Sukan Olimpik, Barcelona, Sepanyol pada tahun 1992, pernah menjadi anak angkat kepada keluarga India.

“Bukan itu sahaja, saya juga pernah menjadi anak angkat kepada keluarga Orang Asli suku Temuan di Bukit Broga dan orang Melayu di Pasir Mas Kelantan. Di sini saya dapat belajar budaya dan bahasa mereka,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

​​​​​​​Lau yang pernah menjadi calon BN untuk Parlimen Kepong pada PRU12 berkata bahasa memainkan peranan penting dalam pergaulan, terutamanya sebagai wakil rakyat.

“Apabila kita dapat menguasai banyak bahasa kita dapat mendekatkan lagi diri dengan masyarakat, dapat mendengar luahan dan hasrat mereka atau apa-apa cadangan komuniti dengan lebih mendalam,” katanya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang politik dan ekonomi Asia Tenggara daripada Universiti Malaya ini berkata sebagai individu yang berasal daripada keluarga yang susah, beliau yakin dapat menggunakan pengalamannya bagi membangunkan sosio-ekonomi masyarakat DUN berkenaan.

“Kawasan saya membesar dengan DUN ini lebih kurang sama, ada berbilang kaum. Saya berasal daripada ladang getah, dibesarkan keluarga ibu tunggal, masa saya Tingkatan 3, ayah saya telah meninggal dunia, saya ingat lagi pesanan mak, sekiranya kamu nak mengubah nasib, satu cara sahaja iaitu pendidikan.


“Mak saya tak pernah sekolah, umur lapan tahun dah bekerja sebagai penanam sayur dan menoreh getah. Saya cukup fokus, kerana bukan sahaja di Malaysia, di luar negara juga berdasarkan pengalaman saya di China dan Taiwan, apa yang dapat ubah kehidupan hanya pendidikan,” katanya.

Bagaimanapun, Lau yang juga Ketua Biro Aduan Awam Parti Gerakan yang berkempen menggunakan slogan ‘Bersamamu Ketari’ ini berjanji antara lain selain mengutamakan pendidikan bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran generasi muda, isu-isu lain seperti penaiktarafan infrastruktur akan diberi perhatian olehnya.

“Saya telah diberi tanggungjawab parti pusat sebagai ‘caretaker’ DUN ini sejak 2016, saya dah tahu apa-apa keperluan yang masih ada ruang untuk naik taraf, semua dalam tangan saya, sekarang saya cuma perlukan sokongan daripada pengundi,” katanya.

Lau, calon muka baharu BN di DUN berkenaan, akan ditentang Roslan Md. Esa daripada PAS dan Syefura Othman atau dikenali sebagai Rara daripada PKR.

Pada PRU13, calon BN Woo Choo Yak ditewaskan calon DAP Lee Chin Chen dengan majoriti 2,140 undi.

DUN Ketari mempunyai 23,506 pengundi dengan pengundi India mewakili sekitar lima peratus, Cina 47 peratus, Melayu 46 peratus dan selebihnya lain-lain. – BERNAMA

Kategori