Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Iraq Hukum Gantung 38...

BAGHDAD - Iraq menjatuhkan hukuman gantung ke atas 38 militan Daesh atas tuduhan...

Fathia Latiff Kecewa Cara...

PELAKON, Fathia Latiff mengakui kecewa dengan sikap sesetengah pengikut di laman sosial yang...

Makmal Proses Dadah Di...

KLANG - Sebuah makmal memproses dadah di kawasan kilang di Telok Gong di...

Misteri “Kapal Hantu” Bawa...

JEPUN - Sekurang-kurangnya 11 kapal yang membawa lebih 20 mayat yang telah reput...

Fit Malaysia Negeri Sembilan Dapat Sambutan

NILAI – Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan mendapat sambutan menggalakkan apabila program itu dihadiri 10,000 masyarakat pelbagai lapisan umur di Padang Dataran Nilai di sini, hari ini.

Program tersebut yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Chong Sin Woon.

Pelbagai aktiviti disediakan bermula seawal 7 pagi seperti berbasikal, larian dan senamrobik.

Program itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif selain menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui industri sukan.

Ia juga bertujuan memupuk dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Sementara itu, Khairy menyifatkan program Fit Malaysia merupakan satu daripada cerita kejayaan cemerlangnya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


“Ini merupakan program terakhir sebelum pilihan raya…mungkin terakhir bagi saya sebagai Menteri Belia dan Sukan. Saya sangat berpuas hati sebab kehadiran yang ramai di mana-mana tempat kita pergi.

“Saya melihat budaya bersukan sudah menjadi satu norma di Malaysia dan menjadi satu kebiasaan sekarang ini. Jadi saya rasa kalau itulah hasil Fit Malaysia untuk Hari Sukan Negara, maka saya amat berpuas hati,” katanya kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Pemimpin bersama Masyarakat di Taman Rashibah Indah di sini, hari ini.

Program Fit Malaysia mula diperkenalkan pada 2014 dengan tujuan memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat dan dijalankan secara berskala sepanjang tahun di semua peringkat negeri dan daerah. – BERNAMA

Kategori