Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wisma Putra Sahkan Haziq...

PUTRAJAYA - Wisma Putra mengesahkan bahawa Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, adalah antara...

EURO 2016: Welbeck Wira...

BASEL - Danny Welbeck dijulang wira England apabila dua gol sumbangan penyerang baru...

AS Mula Langkah Baharu...

EKORAN pengaruh China yang kini sampai dan mengukuh di hampir semua negara kecil...

Mural Tunku Abdul Rahman...

ALOR SETAR - Setelah mural Tun Dr Mahathir Mohamad diterap pada dinding bangunan...

Fitri Haris Belum Sedia Tamat Zaman Duda

HAMPIR lapan tahun memegang status duda penyanyi, Fitri Haris mengakui belum bersedia untuk kembali berumah tangga.

Menurut juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu, bimbang mengulangi kesilapan lepas membuatkan dirinya lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menamatkan zaman solo.

“Saya tahu kelemahan diri, malah tidak malu mengaku, saya banyak melakukan kesilapan ketika hidup berumah tangga dulu. Bukan mahu membuka aib sendiri, sebaliknya ia berpunca daripada kegagalan saya mengemudi rumah tangga.

“Mungkin juga saya masih trauma kerana pelbagai cerita keluar selepas berpisah dengan bekas isteri. Jadi, lebih baik saya sendiri dulu kerana tidak mahu menganiaya hati orang lain,” katanya dipetik BH Online.

Katanya lagi, dia juga mahu semua pihak mengambil iktibar daripada peristiwa kegagalan perkahwinannya itu dan perkara itu malah sering ditegaskan setiap kali diundang memberikan ceramah.

“Saya tidak mahu mereka mengulangi kesilapan yang pernah saya lakukan dan berharap membina rumah tangga dengan baik.

“Mungkin pada pandangan kita apa yang dilakukan itu baik, namun di sisi Allah ia sebaliknya. Saya serahkan segala urusan kepada Allah yang lebih mengetahui,” ujarnya lagi.


Meskipun sudah berpisah, bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC itu memberitahu bahawa hubungan dengan bekas isteri masih baik dan lebih akrab.

“Ada hikmahnya kerana kami lebih gembira selepas membawa haluan masing-masing. Saya dan bekas isteri masih baik, malah ketika konsert kemuncak GGV2, dia datang memberikan sokongan.

“Hubungan kami lebih baik apabila tidak lagi bersama. Malah, ketika mahu berkahwin semula, bekas isteri ada bertanya pendapat saya. Semua itu demi kebaikan anak kami,” kata Fitri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori