Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

MARA Minta SPRM Siasat...

KUALA LUMPUR - Pengurusan Majlis Amanah Raya (MARA) turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Khairy Saran Dua Langkah...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan dua langkah...

Pengubahan Wang Haram: SPRM...

MELAKA - Pegawai kanan kerajaan bergelar 'Datuk' yang dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan...

Kenderaan Tetap Diperiksa, Sekatan...

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan kenderaan di sekatan...

Gempa Berukuran 5.7 Magnitud Gegar Wilayah Jilin

CHANGCHUN – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan daerah Ningjiang, Songyuan City di timur laut wilayah Jilin, China kira-kira pukul 1.50 pagi, Isnin lapor agensi berita Xinhua.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Gegaran menyebabkan penduduk di bandar berkenaan panik dan keluar meninggalkan kediaman masing-masing, ekoran itu gerakan kecemasan turut dilancarkan.

Bagaimanapun, tiada gangguan bekalan elektrik dilaporkan kecuali di beberapa kawasan dikatakan mengalami gangguan rangkaian telekomunikasi.

Pusat gempa pada 45.27 darjah utara dan 124.71 darjah timur dengan kedalaman kira-kira 13 kilometer. – BERNAMA

Kategori