Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cawangan Starbucks Di Bangsar...

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal,...

Galak Pelanggan Guna Sistem...

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menggalakkan pelangggannya menggunakan sistem dalam...

Selangor Cadang Tambah 50%...

KUALA LANGAT - Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan...

ATM Hormat Hasrat AR...

LUMUT - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghormati keputusan pelakon serta pelawak veteran, AR...

Grab Malaysia Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan

PETALING JAYA – Grab Malaysia bersedia bekerjasama dengan kerajaan yang baru ditubuhkan berhubung cadangan menyemak semula akta sedia ada bagi melindungi perkhidmatan e-hailing dan teksi.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata hasrat kerajaan untuk menyemak semula akta itu dilihat sebagai komitmen mereka dalam memberikan layanan yang adil selain menjaga kepentingan komuniti yang lebih luas.

“Jika anda lihat apa yang pemimpin kita sering utarakan, beliau (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) memulakannya dengan menyatakan ‘Saya pada asasnya mahu membuat perubahan dan adil kepada semua rakyat’.

“Satu daripada perubahan itu ialah semakan semula bagi memastikan kita menjaga kebajikan semua segmen rakyat dan satu daripadanya ialah komuniti pemandu teksi kita,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Masa Depan Grab, di sini hari ini.

Goh berkata semangat dan komitmen Grab Malaysia tidak berubah dan mereka bersedia untuk menyumbang ke arah perubahan bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat.


Dr. Mahathir dilaporkan berkata ada keperluan untuk undang-undang semasa dikaji termasuk Akta Pengangkutan Awam Darat 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial 2017 bagi membolehkan kedua-dua pihak (Grab dan teksi) turut dibela. – BERNAMA

Kategori