DALAM tempoh setahun dianggarkan sebanyak 60 gunung berapi di dunia akan meletus yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan di sekitar kawasannya.
Lapor BBC News, sejak tahun 1500, kira-kira 280,000 orang telah menjadi mangsa korban oleh gunung berapi dan kira-kira 2,000 orang maut sejak tahun 2000.
Antara gunung berapi yang aktif adalah gunung berapi Kilauea di Hawaii yang mula meletus sejak 35 tahun lalu.
Gunung berapi Kilauea yang kian aktif sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai apabila ia mula meletus dan memuntah lava kemerahan serta kepulan asap yang tidak berhenti.
Kajian Geologi Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan yang ketara dalam aktiviti seismos pada akhir bulan April, dengan rekahan pertama yang muncul pada awal bulan Mei.
Berikutan tu, aliran lava dengan suhu 1,200 darjah celsius mula bergerak laju sejauh 5 kilometer yang memusnahkah rumah-rumah dan menyebabkan pemindahan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.
Kebiasaanya, aliran lava yang bergeral laju tanpa dijangka menjadi punca utama kematian manusia yang tidak sempat menyelamatkan diri.
Selain lava yang mengundang bahaya, gunung berapi ini menghasilkan gas metana dan sulfur dioksida yang boleh memberi kesan buruk kepada manusia.
Dapat dinyatakan, gunung berapi yang meletus mempunyai kesan besar terhadap perubahan hidup dengan kehilangan tempat tinggal, kemusnahan pertanian dan kelumpuhan ekonomi.
Pun begitu, ramai lagi yang masih mahu menetap di kawasan sekitar gunung berapi walaupun diancam bahaya apabila gunung berapi ini meletus. – MYNEWSHUB.CC/MIZE