Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dua Model Rumah Untuk...

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini mengumumkan dua model rumah bernilai RM48,000 seunit bagi...

Pahang Lebarkan Penguasaan Tangga...

KUALA LUMPUR - Pahang berjaya mengekalkan kedudukan teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan...

Magician Guna ‘Kuasa Minda’...

KUALA LUMPUR - Pakar silap mata terkenal Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan...

Tuduhan Kerajaan Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Pihak yang menuduh kononnya kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah...

Guru Mampu Jadikan Malaysia Lebih Berjaya

PUTRAJAYA — Golongan pendidik memainkan peranan penting dalam membangunkan Malaysia baharu yang gagah, bermaruah dan berwawasan.

Menegaskan demikian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau yakin Malaysia mampu muncul setanding negara maju dan mencapai kecemerlangan di peringkat serantau melalui peranan yang turut dimainkan oleh golongan guru.

“Semua kejayaan ini boleh turut dicapai melalui peranan guru dalam melahirkan modal insan berilmu.

“Warga pendidik merupakan ejen perubahan yang amat efektif,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-47 esok.

Majlis berkenaan dihadiri 2,500 hadirin terdiri daripada guru, pegawai pendidikan daerah dan pegawai pendidikan negeri dari seluruh negara.

Tahun ini Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor merupakan tuan rumah bagi sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei.


Dalam ucapan yang sama, Mohamed Azmin menjelaskan beliau amat memahami cabaran golongan pendidik negara kerana pernah menjadi guru matematik di Maktab Rendah Sains Mara Terendak, Melaka sebelum aktif berpolitik.

Tambah beliau, ini merupakan kali pertama beliau menerima undangan dari Kementerian Pendidikan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini. – BERNAMA

Kategori