Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Calon BN Pertikai SPR...

KLANG - Calon BN bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Ismail Dilantik Ketua Pengarah...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu...

Pesawat Terbabas Punca Penerbangan...

MANILA - Pihak berkuasa penerbangan Filipina memutuskan pada Jumaat untuk menutup landasan lapangan...

Doktor Bergambar Dengan Wanita...

IDENTITI doktor wanita yang bergambar dengan berlatarbelakangkan seorang pesakit sedang bersalin hingga menampakkan...

Guru Maut Kemalangan Berhampiran Sekolah

LABUAN – Seorang guru sekolah menengah yang baru mula mengajar semula selepas cuti sakit yang panjang meninggal dunia, apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam satu kemalangan berhampiran dengan sekolahnya, SMK Taman Perumahan Bedaun, awal pagi ini.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, Lim Li Hong, 50, sedang memandu kereta Toyota Viosnya ke sekolah, sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke laluan sebelah lalu merempuh sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang guru wanita.

Ketua Polis Labuan, Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata, pada kejadian yang berlaku hanya beberapa ratus meter dari sekolahnya, guru itu pengsan dan tersepit di dalam keretanya.

Bagaimanapun guru wanita SK Bebuloh berusia 36 tahun bersama dua lagi penumpang di dalam kenderaan satu lagi, selamat tanpa sebarang kecederaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan yang menerima panggilan pada 6.19 pagi telah bergegas ke tempat kejadian dan mengeluarkan mayat mangsa, sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori