Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Blogger Tidak Kisah Dikutuk...

SEORANG blogger kecergasan, Morgan Mikenas menerima sokongan ramai selepas memaklumkan bahawa dia tidak...

Jawatankuasa Tauliah MAIS Sudah...

KLANG : Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sudah mengadakan pertemuan dengan...

Gambar: Bekas Bapa Tiri...

Buat pengikut siri realiti TV, Keeping Up With The Kardashians, mereka pasti tahu...

CEO MRT, CFO MAB...

KUALA LUMPUR - Spekulasi mula berputar mengenai siapa yang bakal mengambil alih syarikat...

Hampir Dua Jam Tergantung 30 Meter Di Udara

ENAM puluh empat penumpang tergantung dengan muka ke bawah untuk selama hampir dua jam apabila roller coaster yang dinaiki tiba-tiba berhenti secara mengejut di Universal Studios Jepun.

Pengurusan taman hiburan terkenal itu berkata, dua pedati roller coaster Flying Dinosaur tiba-tiba berhenti ketika pertengahan permainan yang landasannya sepanjang 1,100 meter.

Ketika itu, penumpangnya dalam posisi kira-kira 30 meter dari paras tanah.

Taman tema di Osaka yang sesak dengan pengunjung pada cuti “Minggu Emas” di Jepun berkata, semua penumpang terbabit selamat dan berjaya diturunkan selepas hampir dua jam.

Pengurusan taman itu juga memohon maaf atas masalah yang berpunca daripada peranti bermotor pada landasan dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, Selasa itu.

Menurut media tempatan, Kyodo, kejadian itu telah dikesan alat keselamatan yang dipasang menyebabkan ia berhenti serta merta.


Permainan itu kembali beroperasi seperti biasa selepas dibaiki dan melalui proses pemeriksaan keselamatan rapi.

Walaupun kejadian itu berlaku, penunjung taman hiburan itu tetap bersesak dan berbaris panjang untuk menaikinya apabila ia dibuka semula pada 7 malam. – mStar Online

Kategori