Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SKMM Siasat 154 Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 154 kes penyalahgunaan Internet dan media baharu disiasat Suruhanjaya...

Polis Putrajaya Perluas Program...

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya memperkenalkan program 'Jom Ke Sekolah Bersama Polis' untuk mencegah...

KPN Minta Rakyat Renung...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan rakyat...

Ombak Laut Sumber Tenaga...

KUALA LUMPUR - Satu lagi usaha menjana tenaga elektrik dari pukulan ombak laut. Usaha...

Hanya Tiga Minit, Tiket Ruffedge ‘Licin’ Dijual!

SAMBUTAN hangat telah diterima oleh kumpulan Ruffedge apabila sebanyak 700 tiket untuk pembeli pertama telah habis diual dalam masa hanya tiga minit selepas tempatan atas talian dibuka pada pagi tadi.

Baca: Lepas 10 Tahun, Ruffedge Buat Konsert Untuk Peminat

Konsert sulung kumpulan R&B dan soul itu bakal diadakan pada 4 Ogos hadapan nampaknya telah membuatkan ramai peminat tidak sabar menantikan saat yang dinanti-nantikan itu.

“Tiket bagi kedua-dua kategori itu habis ditempah dalam masa tiga minit. Berdasarkan sambutan luar biasa peminat ini, kami yakin kemunculan semula Ruffedge akan melakar sejarah baharu kepada kumpulan itu,” kata Pengurus Besar MRS Production dan KLP Creative, Mohammad Rafie Saruddin.

Tambahnya lagi, tiket bagi kategori VIP + Meet & Greet dan Party Zone + Meet & Greet telah licin dijual atas talian pada pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, peminat masih lagi boleh mendapatkan tiket bagi kategori lain iaitu Party Zone dan Regular Zone.

Sempena ulangtahun ke-20 kumpulan Ruffedge, konsert yang diberi nama Ruffedge: 20th Anniversary Concert itu bakal diadakan pada 4 Ogos ini bertempat di KL Live.

Selama 10 tahun ‘menghilangkna’ diri, kini Ruffedge bakal mengubati kerinduan peminat dengan lagu mereka yang tidak pernah lapuk dek zaman.


Malah, Rafie turut beranggapan bahawa sambutan yang menggalakkan ini diibaratkan seperti lampu hijau buat Cat Farish, Sein Zain Azan dan Mode untuk menyerlahkan kembali kehangatan kumpulan mereka selepas membawa haluan masing-masing buat beberapa ketika.

“Pencapaian Ruffedge ini mencatat sejarah baharu dalam penganjuran konsert artis tempatan. Penantian panjang Ruffedge ini berbaloi apabila peminat memberikan sambutan yang cukup hebat.

“Kami percaya, kejayaan awal ini membakar semangat mereka untuk memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti,” ujarnya lagi.

Peminat bakal ‘dihidangkan’ dengan beberapa lagu popular kumpulan yang mula dikenali pada tahun 1997 itu antaranya ialah Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Tiada Lagi Cinta dan Da Bomb serta single baharu sempena kemunuclan semula mereka iaitu Seperti Mereka. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori