Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4,374 Rakyat Malaysia Masih...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar masih berusaha membawa balik seramai 4,374 rakyat Malaysia...

‘Arnab’ Misteri Muncul Setiap...

SEJAK tahun lalu, pada hari pertama setiap bulan, seekor arnab setinggi 6 kaki...

Empat Pekerja Binaan Maut...

PUTRAJAYA - Empat pekerja binaan warga asing maut apabila lif pengangkut penumpang yang...

Tiada Aduan Penjualan Susu...

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan hingga...

Hapus GST 17K Pekerja Kontrak Hilang Pekerjaan?

DIKATAKAN lebih 17K orang Pegawai kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka. Kenapa ini berlaku? Tentu mereka yang terlibat amat sedih kerana kehilangan pekerjaan di saat umat Islam akan menyambut bulan syawal tidak lama lagi.

Ini ada kaitan dengan penghapusan GST. Janji Kerajaan Pakatan untuk hapuskan GST mesti ditunaikan. Apabila GST dihapuskan kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM42 Bilion.

Justeru kerajaan mesti melakukan langkah penjimatan. Maka pekerja kontrak seramai 17K orang itu menjadi mangsa pertamanya.

Apakah kerajaan sekarang ada alternatif lain untuk gantikan GST? GST menjadi senjata paling berkesan untuk menumbangkan kerajaan BN. Kerajaan cadang kembali kepada SST.

Berdasarkan kutipan SST pada tahun 2014 hanya RM17 Bilion sahaja yang dikutip. Justeru, bersediakah kerajaan memperkenalkan sistem percukaian baru? Bersediakah kerajaan menaikkan kadar defisit fiskal negara kepada 5%.


Bersediakah kerajaan mengurangkan perbelanjaanjaan untuk pembangunan akibat penghapusan GST?

Tindakan menamatkan perkhidmatan Pekerja Kontrak adalah satu kezaliman. CUEPACS atau MTUC tidak boleh berpeluk tubuh. Selamatkan 17K pekerja kontrak itu.

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 19.5.2018

Kategori