Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Majoriti Setuju GST Wajar...

SHAH ALAM - Lebih ramai bersetuju dengan cadangan supaya cukai barang dan perkhidmatan...

Persempadanan Semula PBT JB,...

JOHOR BAHARU - Kerajaan negeri Johor melakukan persempadanan semula empat kawasan Pihak Berkuasa...

Rungsing Video Facebook Dimainkan...

ANDA mungkin perasan perubahan yang dilakukan Facebook yang mana jika anda mengikuti ruangan timeline,...

Terus ‘Jaga’ Keluarga Walaupun...

JASIN - Muhammad Haiqal Roslan mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di...

Haqiem Rancang Bawa Ibu Sambut Raya Di Sydney

SAMBUTAN Aidilfitri pada tahun ini pasti memberikan pengalaman yang cukup berbeza buat penyanyi, Haqiem Rusli apabila merancang untuk meraikannya di luar negara.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi itu berkata, dia akan menyambutnya di Sydney, Australia bersama ibu tercinta iaitu Nazrah Ahmad Nordin.

Malah, kata pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli itu lagi, ia merupakan kali pertama dia menyambut perayaan Aidilfitri di luar negara.

“Berdasarkan rancangan, ini bakal menjadi pengalaman kali pertama saya sambut hari raya di luar negara.

“Buat masa ini saya belum beli tiket penerbangan lagi, hanya perancangan, cuma kalau jadi saya akan berada di sana beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri,” katanya dipetik sebuah portal online.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa memilih lokasi berkenaan, Haqiem menjelaskan ia juga merupakan sebagai hadiah buat ibunya.


“Sebelum ini saya ke Sydney tidak membawa ibu, jadi kali ini saya sudah berniat untuk membawanya bersama.

“Adalah satu kepuasan sebenarnya sebagai seorang anak untuk berkongsi apa yang kita ada kini,” jelas Haqiem. – MYNEWSHUB.CC

Kategori