Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Berkelakuan Curiga, Atlet Ini...

GARA-gara berkelakuan mencurigakan di gawang gol pasukan lawan, seorang pemain bola sepak di...

Jerebu Jadi Bahan Politik...

KUALA LUMPUR - Hampir semua perkara mahu dipolitikkan parti pembangkang walaupun yang melibatkan...

Tawaran Kerusi Gombak Hanya...

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menawarkan...

Aceh Henti ‘Tayang’ Hukuman...

BANDA ACEH - Wilayah Aceh tidak lagi akan menjalankan hukuman sebat pesalah di...

Harga Minyak Cipta Sejarah Terus Kekal 6 Minggu

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar sudah ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac 2017; dan seminggu berikutnya menyaksikan ia masih kekal lebih enam minggu sejak 22 Mac lalu.

Ini sekali gus rekod julung kali dalam sejarah dan tidak dijangka ekoran kenaikan harga minyak global di sebalik usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kekal pengeluaran menyaksikan stok stabil di pasaran.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 ditetapkan sebagai tidak berubah lagi kepada RM2.20 seliter untuk seminggu seterusnya.

Manakala had maksimum harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu yang akan datang ini ditetapkan juga kekal lagi konsisten kepada RM2.47 seliter iaitu sama seperti minggu sebelumnya.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan sebagai turut malar kepada RM2.18 seliter, sekali gus melakar sejarah bagi minggu kelima secara berturut-turut.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 3 Mei sehingga 11.59 malam pada 9 Mei 2018.

Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.


Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga itu tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori