Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah MDEC,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan tahniah...

Batuk Berdarah Lepas Balik...

PENYANYI Sufian Suhaimi berkata dia diserang batuk yang teruk sehingga mengalami pendarahan. Menurut Sufian,...

Demi Anak, Ziana Zain...

Siapa yang tidak kenal dengan figura bernama Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana...

“Memang Nak Kahwin, Tapi...

SEBUT sahaja tentang Zizan, pasti akan ada yang terus terfikir mengenai 'kisah cintanya'...

Hari Wesak Menjadi Lambang Kebebasan Beragama

KUALA LUMPUR – Kebebasan beragama, yang menjadi lambang perpaduan di negara ini, jelas terserlah dengan penganut Buddha di seluruh negara hari ini ini tenang dan aman mengunjungi kuil-kuil di kawasan tempat tinggal masing-masing, meraikan sambutan Hari Wesak.

Cuaca cerah pada sebelah pagi membolehkan penganut Buddha melakukan ritual acara keagamaan dan penghormatan kepada ‘kelahiran, pencerahan agung dan pemergian Siddharta Gautama Buddha’.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Menteri Kewangan, dijadual menghadiri sambutan Hari Wesak di kuil Buddhist Maha Vihara di Brickfields pada sebelah petang.

Di SELANGOR, lebih 10,000 penganut Buddha mengunjungi Kuil Fo Guang Shan (FGS) Dong Zen di Jenjarom, Banting sempena sambutan Hari Wesak sejak Ahad lepas hingga hari ini.

Pengarah kuil itu, Man Hui, berkata antara acara unik yang diperkenalkan di kuil itu adalah penganjuran pertandingan menyanyi lagu bertajuk “the Sounds of the Human World” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak bagi menghayati ajaran Buddha itu.

“Kita juga mengunjungi sembilan sekolah Cina di sekitar Selangor sempena Hari Wesak ini dengan memberikan kuih tradisi kaum Cina kepada pelajar di samping berkongsi ilmu dengan mereka mengenai ajaran ‘humanistic Buddhism‘,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar.

Man Hui berkata adalah menjadi kebiasaan penganut Buddha yang terdiri daripada tiga generasi mengunjungi kuil itu setiap kali musim sambutan Wesak.


Kuil Dong Zen yang menempatkan patung Buddha terbesar di Selangor, mempunyai keluasan 10.5 hektar di Jenjarom, menjadi tarikan baharu pelancong selain merupakan pusat kebudayaan dan pendidikan yang penting.

Di PULAU PINANG, kira-kira 2,000 penganut agama Buddha membanjiri dewan sembahyang di Persatuan Buddha Pulau Pinang sehingga lewat tengah hari.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terus memasuki dewan persatuan itu di Jalan Anson di sini termasuk pelancong asing.

Keadaan sekitar Jalan Anson menjadi agak sesak dengan kenderaan yang bergerak perlahan dan kebanyakan menuju ke persatuan itu. – BERNAMA

Kategori