Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penuntut Politeknik Arau Maut...

NIBONG TEBAL - Seorang pelajar Politeknik di Arau, Perlis maut selepas motosikalnya dilapor...

KP Jasa: Barang Tiruan,...

KETUA Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi...

Sukan Asia: Tiada Undian...

KUALA LUMPUR – Tiada undian semula akan dilakukan untuk skuad sepak takraw negara...

JDT Kelab Terbaik Di...

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini muncul sebagai...

Hart, Wilshere Digugurkan Dari Skuad Piala Dunia?

MENJELANG Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pasukan kebangsaan negara yang terlibat sudah mula mengumumkan senarai pemain yang dipilih untuk ke Rusia, Jun depan.

Antara pasukan yang telah mengumumkan skuad awal yang akan dibawa ke kejohanan tersebut termasuklah Brazil, Argentina, Jerman dan Sweden.

Pasukan yang sering menjadi tumpuan, England pula dilaporkan akan mengumumkan skuad awal mereka pada hari ini (Rabu) dan media tempatan melaporkan jurulatih Three Lions, Gareth Southgate akan melakukan beberapa kejutan.

Melalui laporan BBC News, Southgate bakal menggugurkan dua pemain ternama pasukan itu iaitu penjaga gol, Joe Hart dan pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere.

Hart, yang memilki 75 cap bersama England tidak ada dalam senarai tiga penjaga gol Southgate selepas menampilkan aksi yang tidak memberangsangkan di kelabnya, West Ham United.

Biarpun prestasi Hart tidak menentu, pengguguranny masih dianggap satu kejutan memandangkan penjaga gol itu menjadi pilihan utama England dalam tiga kejohanan sebelum ini.

Malah, pemain yang dipinjamkan dari Manchester City ke West Ham itu juga bermain dalam majoriti perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan England tidak mencatat sebarang kekalahan.

Penyingkiran Hart itu juga bermakna Southgate akan membawa trio penjaga gol kurang berpengalaman iaitu Jack Butland, Jordan Pickford dan juga Nick Pope, yang tidak pernah bermain untuk England.

Perkara ini jelas menjadi satu tamparan besar buat Hart yang hanya bermain dalam separuh dari kempen West Ham musim ini apabila terpaksa bersaing dengan penjaga gol simpanan, Adrian.


Seorang lagi pemain yang dilaporkan gagal terpilih dalam skuad yang akan terbang ke Rusia bulan depan adalah pemain yang suatu ketika dahulu dianggap bintang menyinar England, Wilshere.

Biarpun beraksi cemerlang untuk Arsenal pada penghujung musim Liga Perdana Inggeris yang baru sahaja tamat Ahad lalu, Wilshere dipercayai digugurkan Southgate kerana tidak mahu mengambil risiko terhadap Wilshere yang sering dibelenggu kecederaan.

Wilshere sebelum ini disenaraikan dalam skuad Southgate untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Itali Mac lalu, namun terpaksa menarik diri akibat kecederaan lutut yang menafikan peluang membuktikan kemampuannya.

Satu lagi kejutan yang bakal diambil Southgate pula adalah dengan menyenaraikan bek kiri Manchester City, Fabian Delph yang kali terakhir beraksi untuk England pada September 2015.

Kebolehan versatiliti Delph yang boleh beraksi di posisi bek kiri dan juga tengah menyebabkan Southgate mengambil peluang memanggil semula pemain itu.

England bakal berdepan dua aksi persahabatan iaitu menentang Nigeria pada 2 Jun di Wembley dan Costa Rica lima hari kemudian untuk persiapan menjelang kempen Piala Dunia yang bermula dengan aksi menentang Tunisia pada 18 Jun. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori