Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelancong Teruja Saksi Raptai...

KUALA LUMPUR - Para pelancong di sekitar Dataran Merdeka di sini merasa teruja...

Kronologi Kes Penculikan Raymond...

KUALA LUMPUR - Berikut merupakan kronologi kes penculikan seorang paderi berusia 62 tahun,...

Sultan Muhammad V Seorang...

KUALA LUMPUR - Sahabat sejati akan dihargai dan persahabatan itu dianggap lebih berharga...

Tak Haram, Umat Islam...

KUCHING - Pihak berkuasa agama Islam di Sarawak tidak akan mengisytiharkan Pokemon Go...

Hasil Susu Lipas Untuk Dijual Buat Minum?

MUNGKIN ada di antara kita tidak pernah dengar susu lipas dan tidak tahu pun ada lipas yang boleh hasilkan susu. Hal ini terbukti apabila sebuah syarikat di Cape Town, Afrika Selatan telah menghasilkan susu dari lipas dan menjualnya.

Gourment Grubb menjual sejenis susu khas yang dibuat daripada serangga ternak sebagai superfood dikenali sebagai “Entomilk”.

“Fikirkan, Entomilk sebagai alternatif tenusu bebas laktosa, mesra alam, berkhasiat, lazat dan bagus digunakan untuk akan datang,” kata Gourmet Grubb di laman webnya.

Menurut syarikat itu, salah satu manfaat paling utama Entomilk ialah kandungan protein tinggi dan kaya dengan mineral seperti besi, zink dan kalsium.

Entomilk telah masuk pasaran sejak dua tahun selepas pertama kali masuk ke pasaran diberi nama Cockroach Milk yang dihasilkan dari lipas Diploptera Punctate jenis vivipariti.

Lipas jenis ini biasanya terdapat di pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii, satu-satunya lipas yang diketahui membawa kepada kelahiran hidup bukan bertelur.

Susu dihasilkan mengandungi kristal protein, lemak dan gula yang penting untuk pertumbuhan bayi lipas.


Terdahulu, satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik India pada tahun 2016 mendapati bahawa susu lipas dianggarkan mengandungi lebih dari tiga kali tenaga jisim susu lembu yang sama.

Bagaimanapun, saintis tidak mengharapkan susu lipas ini dijumpai di pasar raya pada masa akan datang kerana masih belum dapat kepastian susu ini selamat untuk diminum.

“Kami tidak mempunyai bukti bahawa ia sebenarnya selamat untuk penggunaan manusia,” kata Subramanian Ramaswamy, pengarang utama kajian 2016.

Jadi, walaupun sesetengah syarikat sedang membangunkan alternatif susu lipas sekarang namun banyak persoalan yang perlu dijawab sebelum ia menjadi trend dunia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori