Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bot Dinaiki 7 Pemancing...

ALOR SETAR - Sebuah bot pancing yang dinaiki tujuh individu hilang di perairan...

Lintas Langsung Istiadat Kahwin...

MAJLIS istiadat perkahwinan diraja puteri Sultan Johor buat julung kalinya bakal disiarkan secara...

QZ8501: Butiran Ais Rosakkan...

PELBAGAI spekulasi dan andaian mula berlegar tentang punca sebenar pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa...

Taliban Akan Haramkan TikTok,...

KABUL – Pemerintah Taliban akan menguatkuasakan larangan penggunaan aplikasi perkongsian video popular, TikTok...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

GEORGE TOWN – Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pemimpin DAP yang memperalatkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hanya untuk menarik undi orang Melayu.

Dr Hilmi mendakwa mereka menjadikan Dr Mahathir sebagai bahan jenaka, menuduhnya rasuah dan menamakannya dengan pelbagai gelaran negatif.

“Amat menyedihkan seorang bekas pemimpin negara berusia 93 tahun diperlekehkan sebegitu oleh beberapa pemimpin DAP. Amat tidak patut apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP P. Ramasamy dalam sesi ceramahnya Sabtu lalu, secara terang-terangan mendakwa mereka tidak pernah lupa dengan perbuatan Mahathir dan menggelarkan sebagai jahat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang Melayu dalam pembangkang dan DAP agar membuka mata dan melihat sendiri perkara itu kerana mereka turut diperalatkan seperti Dr Mahathir.

Dr Hilmi berkata BN sebaliknya, tidak pernah menggunakan cara berkempen seperti itu, malah tidak sesekali pernah mengeji mana-mana pihak.

“Saya rasa dah sampai masa rakyat membuat pendirian yang betul dan menterjemahkannya dengan satu sokongan yang padu terhadap BN pada pilihan raya kelak,” katanya.


Beliau berkata pendekatan DAP adalah ekstrem dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka.

“Apa yang berlaku ini perlu kita insafi. Orang Pulau Pinang tahu pembohongan dan putar belit pembangkang. Negeri ini tidak boleh terus dibiarkan ditadbir dengan cara pemimpinnya menanam sifat kebencian dan memperlekeh orang lain,” katanya.

Ramasamy, calon PKR untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Perai, ketika berceramah di Seberang Perai baru-baru ini dilapor berkata bahawa Dr Mahathir hanya diguna untuk menarik sokongan Melayu terhadap gabungan pembangkang. – BERNAMA

Kategori