TAN SRI RAFIDAH Aziz memang terkenal kerana gincu merah menyala dan rantai mutiara. Itu imej luaran beliau sebagai ahli politik pada era gemilangnya.
Rafidah ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pada era empayar Rafidah sejak 20 Mei 1987 hingga 19 Mac 2008, MITI adalah lubuk duit dengan perniagaan Permit Import (AP).
Jadi, sepanjang sejarah menjadi menteri MITI hingga ke tarikh digugurkan daripada jemaah Kabinet, semua orang tahu, Rafidah membina empayar kroninya dengan banyak projek AP yang mewah.
Seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan watak tipikal Atuk Sedih, Rafidah juga dikenali sebagai Drama Queen tahap meroyan.
Ketika Mahathir mengumumkan mahu meletakkan jawatan pada 22 Jun 2002, Rafidah paling kuat meroyan di atas pentas di Dewan Merdeka, PWTC.
Menangislah konon? Kenapa Rafidah menangis di sisi Mahathir?
Mana tidaknya, era Mahathirlah berkepuk-kepuk harta ditarah oleh Rafidah dan kroninya untuk mengaut untung melalui perniagaan AP kereta.
Mahathir yang membawa Rafidah ke MITI pada 1987 dan sejak itu, Rafidah kekal menakluk MITI selama 21 tahun! Namun, ada cerita hitam antara Mahathir dan Rafidah.
Apabila Mahathir pencen pada 2003, dan berada di luar kerajaan, Rafidah antara pembelot. Rafidah yang menangis di pentas waktu Mahathir mengumumkan untuk bersara, kemudian mencela Mahathir bertubi-tubi.
Ia berlaku ketika bekas bosnya itu mendedahkan skandal AP di MITI pada 2006. Rafidah waktu itu kerana marahkan pendedahan Mahathir, memilih menyertai kem Pak Lah dan mengisytiharkan perang terhadap Mahathir.
Mahathir ketika itu ialah Penasihat Proton. Mahathir mendedahkan kejahatan Rafidah pada 2006 dengan mendakwa, AP yang dikeluarkan MITI disalahgunakan kroni Rafidah.
Kata Mahathir, wujud penipuan oleh pemegang AP dengan konspirasi terancang. Kata Mahathir, kroni Rafidah menipu dengan diisytiharkan nilai harga kereta import lebih rendah daripada nilai sebenar.
Penipuan nilai ini membolehkan kereta import dibawa masuk dan dijual secara berleluasa di Malaysia, sekali gus menjahamkan pasaran Proton di negaranya sendiri.
Rafidah menjawab tuduhan Mahathir dengan lantang. Kata Rafidah dengan nada menghina, Proton tidak berkualiti dan tidak berprestasi untuk pasaran eksport.
Perang Rafidah dan Mahathir mencetuskan pelbagai pendedahan lain. Lalu wujudlah senario “kau tuduh aku… aku tuduh kau!”
Akhirnya Rafidah tumbang! Kenapa?
Kerana senarai nama pemilik AP yang didedahkan itu, berjaya membuktikan wujud kronisme dalam MITI.
Malah, Rafidah mempunya kepentingan dengan kroni-kroninya. Kedudukan Rafidah terjejas teruk. Namanya jadi busuk akibat pendedahan Mahathir.
Meletuplah senarai skandal Raja AP yang mencemarkan imej MITI. Nama-nama seperti Nasimuddin SM Amin, Syed Azman Syed Ibrahim (bekas pegawai MITI) dan Mohd Haniff Abdul Aziz (bekas pegawai MITI) didapati menerima:
1. 33,218 AP (kira-kira 50.1% dari jumlah keseluruhan 66,277) pada 2004; dan
2. 28,283 AP (bersamaan 41% dari jumlah keseluruhan 68,330) pada 2005.
Berdasarkan kepada anggaran kasar nilai keuntungan RM30,000 per AP, puak-juak ini meraih untung mudah sekitar RM1 bilion pada tahun 2004.
Kroni AP juga mengaut untung hampir RM850 juta pada 2005!
Puiii! Habis digasak semudah itu.
Memandangkan Rafidah berada dalam kem anti-Mahathir pada era perang itu, Pak Lah masih mengekalkan Rafidah sebagai Menteri MITI pada 2006. Walaupun imej kerajaan terbarai teruk dengan pendedahan skandal AP MITI.
Mahathir pula jadi sakit hati dengan keputusan Pak Lah. Mahathir bertempik dan berkelahi secara berpanjang dengan Rafidah hingga akhirnya, wanita bibir gincu tebal itu digugurkan daripada Kabinet pada 2008.
Habislah kerjaya Rafidah. Cuma sekarang, menjelang 9 Mei Hari Mengundi bagi PRU14, Rafidah muncul dan menyertai kem Mahathir.
Mahathir dan Rafidah, bersama bekas Menteri Kewangan era Mahathir, Daim kini membentuk Trio Bangka Tsunami Melayu.
Khabarnya, trio tua lapuk ini, akan memulakan funfair di Melaka dalam kempen menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Biasanya kelaparan adalah punca utama kawanan anjing menyalak. Seketul tulang busuk boleh membuatkan sekawan anjing terdiam.
Namun, dalam era sekarang, orang sudah tidak mempedulikan salakan anjing.
Apa lagi anjing tua yang pernah hitam sejarah silamnya. – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…