Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lim Pertikai Kemampuan Kelantan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan kemampuan Kerajaan...

Kerajaan Selangor Hormati Pilihan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor menghormati apa sahaja sekolah yang menjadi pilihan ibu...

Militan Al-Shabaab Serang Hotel,...

MOGADISHU - Kumpulan militan Somalia, Al-Shabaab melancarkan serangan bom berani mati di sebuah...

Serangan Tikus Kembali, Kini...

KOTA BHARU - Hampir setahun yang lalu, berita serangan tikus di wad pesakit...

Ahmad Faizal Angkat Sumpah MB Perak Baharu

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar semua wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menghormati keputusan dan menghargai kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Baginda bertitah wakil rakyat yang dipilih perlu mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada rakyat yang memilih mereka dan ia merupakan amanah baharu.

“Laksanakan tanggungjawab dan penuhi amanah tersebut secara berintegriti,” titah baginda pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Sultan Nazrin berkenan menyerahkan watikah pelantikan Menteri Besar kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu.

Sultan Nazrin bertitah PRU14 pada Rabu lepas telah memperlihatkan kematangan rakyat menggunakan hak politik masing-masing seterusnya membolehkan proses memilih kerajaan, menubuhkan kerajaan dan peralihan kuasa dilangsungkan secara aman dan tenteram.

Baginda juga menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memberikan komitmen sekali gus membolehkan segala proses yang berkaitan dapat berlangsung dengan aman dan tenteram.

“Pilihan raya telah selesai. Cabaran utama pasca pilihan raya adalah untuk kembali menyatukan warga dalam semangat biduk berlalu, kiambang bertaut.

“Jauhilah sifat yang menang, menang semua; sementara yang kalah, kalah semua. Amalkan sifat yang sentiasa bersedia mendengar suara rakyat dengan minda terbuka, serta bersedia mengaku kesilapan dan bersedia membetulkan kesilapan,” titah baginda.


Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahmad Faizal kerana mendapat sokongan majoriti ADUN selain mendapat perkenan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

“Beta juga mengucapkan tahniah kepada semua calon daripada semua parti yang telah berjaya mendapat kepercayaan rakyat, dipilih menjadi ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan,” titah baginda.

Pada PRU14, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM mendapat 29 daripada 59 kerusi DUN, manakala BN 27 dan PAS (3).

Keputusan itu menyaksikan tiada mana-mana parti mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, namun kemelut tersebut berakhir hari ini selepas dua ADUN BN memilih untuk menyertai PH sekali gus membolehkan PH menubuhkan kerajaan dengan mendapat 31 kerusi DUN. – BERNAMA

Kategori