Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Jangan Pilih Pengasuh Menerusi...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini menggesa ibu bapa...

2 Juta Kenderaan Dijangka...

PETALING JAYA : Kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya...

“Dia Seperti Nenek…” Peminat...

PENYANYI popular Amerika Syarikat (AS) berusia 47 tahun, Mariah Carey baru-baru ini dilihat...

14 Kes Kematian, 212...

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus...

Hsien Loong Kunjungi Dr. Mahathir Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini, hari ini, pemimpin ASEAN yang kedua mengunjungi perdana menteri baharu itu selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei.

Pertemuan itu berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF), tempat Dr. Mahathir menjalankan tugasnya ketika ini.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemimpin ASEAN yang pertama mengunjungi Dr. Mahathir, dalam lawatannya pada Isnin lepas.

Lee dan delegasinya tiba pada 11 pagi, yang telah mencetuskan suasana gamat dalam kalangan begitu ramai pemberita tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di pintu masuk PLF sejak 10 Mei.

Ketibaan Lee di lobi PLF disambut oleh Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus menjadi perdana menteri paling tua di dunia.


Rabu lepas, Lee mengumumkan dalam sidang Parlimen Singapura bahawa beliau akan melakukan lawatan ke Malaysia untuk bertemu Dr. Mahathir.

Beliau dipetik oleh Channel NewsAsia sebagai berkata beliau teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan Dr. Mahathir demi faedah bersama.

Lee berkata Singapura juga telah bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan beberapa anggota pasukannya sebelum ini dengan menyiapkan beberapa projek termasuk Link Kedua di Tuas, semasa tempoh terdahulu Dr. Mahathir sebagai perdana menteri.

Dr. Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia dari 1981 sehingga 2003. – BERNAMA

Kategori