Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video: Seram… Pontianak Main...

JIKA rakyat Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan gimik seram wanita berkebaya marah, terbaharu...

Wanita BN Sarawak Bantu...

KOTA SAMARAHAN - Barisan Nasional (BN) Sarawak dilihat mampu mencapai sasaran menang 29...

PKR Tutup Pintu Untuk...

KUALA LUMPUR – PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk...

DUN Johor Lulus Usul...

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan usul tergempar...

Hukuman Terhadap Zulfadli, Chun Seang Setimpal

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatkan hukuman penggantungan masing-masing 20 dan 15 tahun terhadap pemain profesional, Zulfadli Zulkifli dan Tan Chun Seang oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) adalah setimpal dengan kesalahan mengatur perlawanan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata tindakan tersebut adalah satu amaran kepada sukan itu dan sekiranya tidak ditangani dengan berkesan ia mungkin akan menular.

Justeru, katanya, BAM tidak berkompromi dengan perkara atau gejala mengatur perlawanan, doping dan juga rasuah.

Dalam kenyataan BWF hari ini, Zulfadli turut dikenakan denda US$25,000 (RM98,365) manakala Chun Seang US$15,000 (RM59,015) selepas didapati bersalah melanggar Kod Tatatertib BWF iaitu mengatur perlawanan, pertaruhan dan menentukan keputusan perlawanan.

Zulfadli dan Chun Seang.

Mohamad Norza berkata beliau akan menyerahkan laporan BWF setebal 65 muka surat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menilai perkara tersebut.

“Ini merupakan perkara baharu kepada BAM dan juga BWF. Laporan ini ini mungkin dapat membantu pihak berkuasa menghadapi gejala seperti ini,” katanya pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

“Memandangkan perkara ini telah pun berlaku kita akan mengambil tindakan susulan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk kita melihat bagaimana kita boleh beri satu proses pendidikan kepada bukan sahaja pemain negara tetapi juga pemain bebas,” katanya.


BWF berkata Zulfadli didapati bersalah terbabit dalam 27 kes mengatur perlawanan manakala Chun Seang dalam 26 kes sama sejak 2013 hingga 2016.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Peraturan, Disiplin dan Integriti BAM ,Jadadish Chandra berkata kedua-dua pemain berkenaan boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 21 hari bermula hari ini.

“Kita memikirkan keputusan adalah berpatutan sebabnya kemungkinan boleh dikenakan gantung seumur hidup. Mereka boleh mengemukakan rayuan. Hukuman mungkin boleh diringankan, kekal atau meningkat…mungkin berdepan penggantungan seumur hidup,” katanya.

Zulfadli dan Chun Seang mempunyai hak untuk membuat rayuan di bawah Klausa 14 prosedur kehakiman BWF. – BERNAMA

Kategori