Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Salahuddin Berada Dalam Keadaan...

KUALA TERENGGANU : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk...

Heathrow Henti Penerbangan Sejam...

LONDON - Semua penerbangan berlepas dari lapangan terbang paling sibuk di Eropah, Lapangan...

Semangat Perpaduan Asas Keharmonian,...

MELAKA - Rakyat di negara ini khususnya penduduk di Melaka digesa meletakkan semangat...

Isu Thaipusam, 2 Ditahan...

SINGAPURA – Polis mengesahkan dua orang, masing-masing seorang lelaki rakyat tempatan berbangsa Cina...

Ibu Lahirkan Anak Tidak Cukup Bulan Ketika Bercuti

SEORANG bayi yang dilahirkan 16 minggu lebih awal di Adelaide, Australia kini sedang berjuang untuk terus hidup.

Namun pada masa sama, ibu bapanya yang berasal dari New Zealand juga sedang `bergelut’ untuk memastikan mereka boleh terus bersama bayi mereka di Australia.

Bayi yang diberi nama Angelina itu dilahirkan pada 20 April lalu, kini ditempatkan di Hospital Kanak-kanak Adelaide.

Dia dilahirkan dengan berat hanya 510 gram ketika ibu bapanya, Matekohi, 24, dan Reginald atau Reg, 23, bercuti di negara itu.

Pasangan berkenaan berasal dari Tokoroa, New Zealand. Bayi mereka kini berada dalam keadaan kritikal kerana dilahirkan tidak cukup bulan namun doktor memaklumkan jantungnya cukup kuat untuk terus bertahan.

Namun Matekohi dan Reginald yang merupakan pelajar universiti kini berdepan dengan masalah kewangan dan memerlukan wang untuk membolehkan mereka berada di Adelaide untuk bersama bayi mereka `setiap minit’.


Pasangan berkenaan tidak mempunyai saudara-mara di situ dan atas sebab itu, mereka terpaksa memohon bantuan orang ramai untuk mendapatkan sumbangan.

Setakat ini mereka berjaya mengumpul A$5,000 namun ia tidak cukup untuk menampung kehidupan di situ. – MYNEWSHUB.CC

Kategori