SEORANG bayi berusia enam bulan maut selepas ibunya yang memakai kasut tumit tinggi, gagal imbang badan mengakibatkan anak dipegangnya terjatuh dari balkoni di tingkat dua sebuah pangsapuri di Mumbai, India.
Ketika kejadian, Femida Shaikh, 23, membawa bayinya, Mohammed menghadiri satu majlis perkahwinan.
Ketika sedang berjalan, dia hampir tersungkur mengakibatkan Mohammed terlepas dari genggamannya.
Mohammed dibawa ke sebuah hospital namun meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian tulang belakangnya.
Ada laporan menyebut bahawa bayi itu terjatuh dari tangga. Kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan. – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…