Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Paras Sokongan Bursa Diramal...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dijangka didagangkan lemah minggu depan, merosot ke paras...

Dewan Perwakilan AS Undi...

WASHINGTON - Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) ketiga dalam sejarah dipecat...

Shahrizat Turun Padang, Pelakon...

TUMPAT (Kelantan) - Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari...

Jerebu: Bukan Protes Tapi...

JAKARTA - Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu, sebaliknya menawarkan...

Impian Arsenal Lebur Di Wanda Metropolitano

HARAPAN Arsenal untuk menamatkan era Arsene Wenger bersama kejayaan Liga Europa tidak kesampaian apabila tewas 1-0 semasa perlawanan separuh akhir, leg kedua menentang Atletico Madrid.

Diego Costa menyumbat satu gol tunggal dalam perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano itu sekaligus mencatatkan agregat 2-1 dan menempah tempat ke final.

Arsenal cuba bangkit selepas kehilangan Laurent Koscielny pada awal perlawanan kerana dipercayai cedera pergelangan kaki.

Bagaimanapun, Arsenal berjuang dengan sehabis daya untuk menyamakan kutipan gol walaupun memulakan perlawanan dengan cantik.

Atletico yang belum berjaya menjaringkan sebarang gol di Estadio Metropolitano sejak Januari disifatkan berada jauh daripada prestasi terbaik mereka, tetapi berdiri teguh sebaik berjaua membuka jaringan.


Kini, Atletico akan bertemu Marseille di Lyon pada 16 Mei dalam pertempuran akhir Liga Europa yang merupakan kali kelima buat mereka, dalam sembilan musim yang terakhir. – Eurosport/mStar Online

Kategori