Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sulaiman Dijangka Angkat Sumpah...

MELAKA - Teka-teki mengenai Ketua Menteri bakal berakhir petang ini apabila seorang daripada...

RoS Tolak Logo Pakatan...

PUTRAJAYA ― Tidak sampai dua minggu struktur Pakatan Harapan diumum, blok pembangkang itu...

Tiada Lagi Permohonan Tukar...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi permohonan diterima dari Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang...

PKR Johor Dedah Enam...

Kenyataan PKR Johor berhubung kegagalan rundingan pembahagiaan kerusi dengan parti MUDA merumuskan enam...

Impian Syafie Naswip Beli Rumah Untuk Ibu Tercapai

PELAKON, Syafie Naswip meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila impian untuk membelikan rumah buat ibunya iaitu Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsi oleh pelakon berusia 26 tahun itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Menurut pemilik nama sebenar, Mohammad Syafie Naswip berkata dia sememangnya sudah lama ada niat untuk berbuat demikian malah memberitahu mula menyimpan wang sejak pembabitannya dalam industri seni pada 2006.

“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.

“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah itu sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Ditanya bagaimana dirinya menguruskan wang, Syafie berkata dia akan membahagikan pendapatan kepada beberapa bahagian.

Kata Syafie, walaupun simpanan yang dibuat mungkin terlalu sedikit namun dia percaya wang itu mampu mengubah kehidupannya pada masa akan datang.


“Saya selalu mengingatkan diri, simpanan sangat penting walaupun nilainya sedikit. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketika susah.

“Setiap kali menerima bayaran lakonan, saya cepat-cepat membahagikannya kepada perbelanjaan harian, simpanan kahwin, penyelenggaraan kereta dan aset.

“Tetapi, janganlah menyimpan sehingga menyeksa diri, sampai tidak dapat melakukan perkara yang kita suka. Selalunya, saya juga akan simpan sedikit untuk melancong,” kongsi pelakon itu.

Sementara itu, diusik dengan pertanyaan adakah simpanan perkahwinan dibuat kerana dia sudah pun mempunyai perancangan bagi mendirikan rumah tangga, Syafie memberitahu ia sekadar persediaan dan masih belum terfikir untuk ke arah tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori