INSPEKTOR polis dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan, hari ini atas kesalahan dadah.
Tertuduh Zairi Surani, 32, dijatuhkan hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 16 Januari lalu.
Majistret Suhaila Selag turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zairi ditangkap di Pejabat Narkotik Balai Polis Sandakan selepas didapati menggunakan dadah jenis amphetamin dan methamphetamin pada 4.50 petang, 16 Januari lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Tan Hiap Wah. – Metro Online
** Sekadar Video Hiasan