Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pelajar SPM Bunuh Diri...

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015...

Pijak Gambar Pemimpin: 267...

ALOR GAJAH - Sebanyak 267 laporan polis diterima sehingga pukul 8 pagi tadi...

Dua Kali Ditipu, Cakra...

SIAPA tidak kenal dengan penyanyi dari sebarang, Cakra Khan yang mempunyai suara serak-serak...

Artis Hip Hop Saman...

SAN DIEGO - Akibat dipaksa merangkak untuk menaiki pesawat, seorang artis hip hop...

Irama Nasyid Tanpa Suara Hiburan Buat OKU

UNIK… Mendendangkan lagu tanpa suara dan hanya bahasa isyarat mengikut rentak irama dan tarian dijadikan medium dakwah dan hiburan buat golongan orang kelainan upaya (OKU) oleh 5 Brothers.

Kumpulan penghibur yang ditubuhkan sejak setahun lalu itu adalah perkumpulan nasyid pertama mendendangkan lagu tanpa suara khusus kepada OKU pekak dan bisu sebagai pendekatan baharu.

Mereka terdiri daripada Muhammad Zaid Abdul Samat, 24, Muhamad Nasri Suratman, 24, Muhammad Syamim Jamaludin, 24, Nik Ahmad Farid Nik Shabery, 24, dan Awang Ku Mad Aiman Pengiran Mohammad Zaman, 24.

Ketua kumpulannya, Muhammad Zaid berkata, inisiatif ini dilakukan bagi membantu memberikan visual supaya golongan pekak dan bisu dapat memahami apa yang disampaikan di dalam lagu berkenaan.

“Asalnya kami guna pendekatan ini sewaktu melakukan persembahan bagi aktiviti sukarelawan ketika menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Selepas menamatkan pengajian, kami menyertai Yayasan Faqeh dan menjadi tenaga pengajar kepada OKU yang mempunyai masalah pelajaran.

“Dari situ, kami tubuhkan kembali kumpulan ini sebagai langkah untuk menyebarkan mesej berkaitan ibadah, al-Quran dan sebagainya kepada anak istimewa ini.


“Selain itu kami dapat memberikan visual kepada OKU untuk belajar bahasa isyarat,” kata Muhammad Zaid pada Harian Metro semalam.

Kumpulan 5 Brothers Mengadakan persembahan pada program Nur Qurani Anak Istimewa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tambahnya lagi, mereka tidak berniat mahu persembahan nasyid itu dijadikan sebagai kerjaya utama dan menganggap pembabitan mereka dalam bidang nyanyian itu hanya sampingan buat masa ini.

“Fokus kami sekadar bantu anak istimewa ini saja kerana kami banyak didedahkan dengan mereka sejak belajar lagi dan sekarang pula bekerja bantu mengajar OKU bermasalah pelajaran,” ujarnya lagi.

Pihaknya juga berbesar hati sekiranya mereka dijemput untuk membuat persembahan terutamanya kepada golongan OKU bagi sama-sama membantu berdakwah pada golongan ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori