Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Comel.. Kucing Sabar Tunggu...

MAKKAH - Aksi comel seekor kucing yang seakan-akan bersabar menunggu untuk buka puasa...

Notis Kajian Semula Persempadanan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi...

Tiada Tempat Boon Heong...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan mempertimbangkan pemain beregu profesional...

Pistol Hilang Anggota Polis...

Sibu - Misi sekumpulan anggota polis menyertai operasi bersepadu tertangguh seketika apabila seorang...

Irmohizam Amal Pendekatan Mesra Rakyat

KUALA SELANGOR – Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menggunakan pendekatan ‘walkabout’ atau tinjauan mesra yang dilihat lebih santai untuk bertemu rakyat sekitar daerah itu dalam melaksanakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata pendekatan itu berbeza dengan yang digunakan pada kempen PRU sebelum ini yang pihaknya lebih memilih mengadakan ceramah untuk mendekatkan dirinya dengan pengundi.

“Mengadakan ceramah itu merupakan kaedah lama dan saya rasa ia tidak sesuai untuk kempen PRU pada kali ini…kita mahukan suasana lebih baharu dalam melaksanakan kempen dan walkabout ini lebih sesuai kerana saya boleh terus bersemuka dengan rakyat.

“…dan menerusi program walkabout yang telah beberapa kali kami lakukan sejak hari pertama berkempen, hasilnya lebih positif apabila rakyat juga dapat bertemu saya secara peribadi di beberapa lokasi awam termasuk di kawasan pasar malam sekitar daerah ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata program tinjauan mesra yang turut dibantu jentera BN dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan itu, turut menyasarkan untuk mendekati golongan muda dan masyarakat bukan Melayu bagi mengenal pasti masalah kumpulan sasaran itu.

“Kami mendekati kumpulan ini, mengenal pasti masalah mereka dan sedaya upaya menyelesaikannya, walaupun sepanjang lima tahun ini saya sebagai penyandang kerusi (Parlimen Kuala Selangor) telah turun padang menyelesaikan masalah kumpulan itu tetapi kami mahu perkara ini dibuat berterusan,” katanya.

Irmohizam berkata menyantuni rakyat menerusi program tinjauan mesra juga memberi kelebihan kepadanya dalam memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu yang tidak benar terutamanya mengenai dasar Kerajaan Persekutuan yang sengaja dimainkan pihak tertentu untuk meraih undi dalam pilihan raya ini.


Penjelasan itu termasuklah dalam pelbagai isu berbangkit yang dikaitkan dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya mengenai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Irmohizam berkata, selain memberi penjelasan isu berkaitan, pendekatan tinjauan mesra itu juga dilihat platform terbaik bagi memperkenalkan manifestonya yang dibuat khas untuk rakyat Kuala Selangor.

“Kuala Selangor ini sudah tentu harapan saya dalam soal kebajikan rakyat dan pembangunan, empat perkara yang ditekankan dalam manifesto saya ini iaitu menjadikan daerah ini sebagai hab pendidikan berteraskan akademik dan teknikal, merancakkan aktiviti pelancongan, memperbanyakkan pengangkutan awam serta mempelbagaikan pembangunan sektor industri supaya peluang pekerjaan kepada rakyat dapat disediakan.

“Saya berikrar akan berusaha memenuhi keempat-empat teras manifesto ini dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya saya dipilih sebagai wakil rakyat semula,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori