Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

101 Projek RM6.61 Bilion...

KUALA LUMPUR - Pentadbiran negara ketika diterajui Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan...

2 Penerbangan Di Kuching...

KUCHING - Dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB Kuching) dibatalkan akibat...

‘Bangkit Bersama’ Hala Tuju...

KUALA LUMPUR - Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bakal menonjolkan nilai sebenar...

Kadar Inflasi Januari Dijangka...

KUALA LUMPUR - RAM Ratings menjangka kadar inflasi Malaysia pada Januari 2020 akan...

Israel Larang Pelancong Indonesia Lawat Palestin

TIDAK cukup dengan kekejaman dilakukan ke atas penduduk Palestin, Israel cuba membangkitkan kemarahan Indonesia dengan melarang pelancong Indonesia datang ke Palestin baru-baru ini.

Lapor Sinar Harian, tindakan tersebut dilakukan sebagai tindak balas langkah pihak Jakarta menggantung pengeluaran visa kepada warga Tel Aviv berikutan kekejaman yang berlaku di Gaza minggu lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyalahkan tindakan Indonesia itu sekali gus bertindak mengharamkan pelancong Indonesia memasuki Palestin dalam satu kenyataan semalam.

Sempena 70 tahun Peristiwa Nakba yang lepas, ribuan rakyat Indonesia mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran awal bulan ini sebagai bantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Ribuan rakyat Indonesia mengadakan bantahan terhadap Israel sempena Hari Nakbah yang lepas.

Indonesia dengan tegas mengutuk tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin semasa perhimpunan tersebut di taman Monumen Kebangsaan di Jakarta sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk.

Selain itu juga, Jakarta bertindak memansuhkan cukai kastam ke atas semua jenis barangan Palestin yang diimport ke Indonesia.


Israel dan Indonesia mempunyai hubungan ekonomi yang membolehkan warga Israel melawat Indonesia menggunakan visa sementara atau visa perniagaan.

Pun begitu, kedua-dua negara ini tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik.

Setiap tahun, dianggurkan ribuan rakyat Indonesia memasuki Israel untuk melawat Masjid al-Aqsa dengan menggunakan visa khas. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori