Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Desak Polis Siasat Kes...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera...

TPPA: Pakatan Harapan Ambil...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan awal-awal mengambil ketetapan menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik...

Sasterawan Negara, Kemala Meninggal...

KUALA LUMPUR - Sasterawan negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali...

Badak Sumbu Sumatera Disahkan...

BADAK Sumbu Sumatera, salah satu spesis badak yang paling unik di dunia, kini...

Israel Negara Pertama Serang Guna F-35

BAITULMAQDIS – Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan, kata ketua tentera udara negara itu, Amikam Norkin semalam.

“Kami menerbangkan F-35 di seluruh rantau Asia Barat dan melancarkan serangan di dua lokasi berbeza,” katanya dipetik media ketika berucap di hadapan ketua tentera udara dari 20 negara yang mengadakan persidangan di Israel.

Norkin juga menayangkan gambar sebuah F-35 milik rejim Israel yang berjaya terbang melintasi Beirut, Lubnan secara haram.

Dibina syarikat Lockheed Martin Corp., pesawat F-35 juga dikenali sebagai Pejuang Serangan Bersama dan di Israel ia dikenali dengan nama dalam bahasa Hebrew ‘Adir’ bermaksud berkuasa.

Israel adalah negara pertama di luar AS yang memiliki F-35.

Pada Disember 2016, Israel menerima dua pesawat pertamanya daripada 50 yang ditempah. Menurut media Israel, sembilan pesawat sudah diterima setakat ini.


Israel sebelum ini memberitahu ia melancarkan beberapa serangan udara di Syria terhadap kemudahan atau penghantaran senjata dari Iran kepada kumpulan Hezbollah di Lubnan.

Tentera udara Israel juga dipercayai melancarkan serangan terhadap kumpulan militan di wilayah Sinai di Mesir dan penyeludup senjata Hamas di Sudan. – Reuters/myMetro Online

Kategori