Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

189 Kematian Dalam Tempoh...

KUALA LUMPUR - Hari ke-11 Op Selamat 15 bersempena musim perayaan Aidilfitri merekodkan...

Lelaki Palestin Maut Selepas...

RAMALLAH - Seorang lelaki rakyat Palestin meninggal dunia beberapa jam selepas ditahan oleh...

Terperangkap Bersama Mayat Suami

Johor Bahru - Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas lumpuh yang terperangkap...

Sekatan Jalan Di Kajang...

KUALA LUMPUR - Polis Trafik Daerah Kajang, menyelamatkan seorang lelaki yang ditikam sekumpulan...

Istana Negara Nafi Agong Lengahkan Pelantikan

KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melengah-lengahkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata tuanku telah menjalankan tugas serta tanggungjawab baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam melantik Mahathir sebagai perdana menteri.

“Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyokong penuh dan menghormati proses demokrasi dan kehendak rakyat baginda,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, Istana Negara menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada pukul 2.45 petang tadi.

Beliau berkata Istana Negara juga menerima warkah pemakluman yang ditandatangani oleh ketua pemimpin Pakatan Harapan yang bersepakat menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri yang ketujuh. – BERNAMA

Kategori