Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zainal Kling Dipanggil Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof. Emeritus Zainal...

Zamani Minta Maaf Ada...

PENYANYI Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam telah dibebaskan dari tahanan polis semalam.Hari ini,...

Piala AFF: 2 Gol...

YANGON - Skuad Harimau Malaysia bangkit dua kali sebelum menang tipis 3-2 ke...

Asyik-Asyik Anak Muda: Teruk...

INGATKAN menjelang Hari Raya Haji adalah pandangan baik untuk anak muda. Paling tidak kata-kata...

Isu Islam PAS, UMNO Boleh Bersatu Di Parlimen

ISLAM akan menjadi lebih kukuh apabila diperjuangan menjadi satu suara yang vokal di Parlimen oleh PAS dan UMNO.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS dan UMNO boleh bersatu hati dalam Parlimen lebih-lebih lagi isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu.

Jika digabungkan 57 kerusi dikuasai UMNO dan 18 dimiliki PAS ia mampu diterjemahkan menjadi kuasa kuat demi masyarakat Islam di Malaysia tanpa dipertikai oleh pihak-pihak yang cuba meruntuhkan Islam.

“Dalam isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu tidak menjadi masalah untuk PAS dan UMNO menjadi satu suara di Parlimen. Bukan bermakna kita bergabung.

“Politik itu cerita lain, jangan salah faham. Kita harap UMNO menilai kedudukan mereka sekarang ini dan betulkan semula. Kalau boleh betulkan balik kita pun suka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga menganggap pengaruh UMNO masih kuat di kalangan rakyat terutamanya yang setia terhadap parti itu walaupun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


“Sebagaimana solidariti selama ini dalam isu RUU 355, kekejaman di Palestin dan penindasan terhadap etnik Rohingya maka tidak sukar ia diteruskan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan ini.

“Sebab itu kita harap boleh bersatu di Parlimen. Suara membela Islam boleh jadi kuat. Dulu boleh duduk sekali dan selepas ini segala-galanya jadi lebih mudah (daulatkan Islam),” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori