Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ketulan Besar Disangka Kanser...

SEORANG wanita dalam kebimbangan apabila mendapati terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Dia bimbang...

Tunku Ismail Berkenan Kacau...

BATU PAHAT – Lokasi terakhir yang menjadi persinggahan konvoi Diraja Kembara Mahkota Johor...

Bajet 2017 Bukan Sembang...

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan...

Pemimpin KRT Berperanan Kukuh...

KANGAR - Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perlis, diseru agar meningkatkan peranan...

Isu Tengah Panas, Uqasha Tutup Komen IG

SELEPAS berita penahanannya berkenaan kes dadah tersebar luas di media, pelakon jelita, Uqasha Senrose bertindak menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Ini dilakukan selepas ruangan komen di akaun media sosialnya itu dihujani soalan daripada netizen yang mahukan kesahihan dari Uqasha sendiri mengenai berita yang tersebar.

Selain itu, gambar yang dipercayai merupakan aktres berusia 26 tahun kononnya berada di sebuah balai polis turut tersebar pada malam semalam (Ahad).

Baca: Uqasha Senrose Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Sejurus berita penahanan Uqasha tersebar kira-kira jam 10 malam semalam, lebih 1,000 komen baharu mula membanjiri entri terbaharunya di laman sosial tersebut yang rata-ratanya mahukan pengesahan ketika itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, ruangan komen bagi posting Uqasha di Instagram ditutup terus dipercayai bagi mengelak kecaman dan komen negatif dari netizen selepas kebanyakan berita mengesahkan penahanannya.

Malah, Uqasha sendiri atau pengendali akaun tersebut telah mematikan fungsi komen terhadap posting yang dimuat naik dari bulan Februari hingga kini.

Posting Terbaharu Uqasha Yang Ditutup Ruangan Komen.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan penahanan Uqasha selepas ditemui dalam keadaan khayal dan memiliki enam paket dadah sintetik yang dipercayai jenis Eramin 5 sebanyak 53 biji dalam beg tangan miliknya.

Menurut sumber, dadah itu ditemui apabila pelakon wanita yang masih bujang itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi pada pukul 11.45 pagi.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kesemua dadah yang terdapat dalam enam keping bungkusan aluminium itu dianggarkan berjumlah lebih RM600 mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing terhadap pelakon wanita itu didapati negatif dadah.

Mazlan juga mengsahkan bahawa pelakon tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya selesai melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau ketika mengesahkan penahanan artis terbabit berkata, pelakon berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ia membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Uqasha ketika dihubungi media tempatan tidak mahu memberikan komen buat masa ini dan berjanji akan menghubungi semula. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori