Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Demo Penjenayah ‘Mengajar’...

MEMANG betul-betul mengejutkan. Satu video yang mendedahkan teknik mencuri kenderaan jenis Honda Civic...

KPDNKK Akan Buka Pusat...

TANAH MERAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses...

Gangguan Bekalan Air KL,...

SHAH ALAM - Kesemua 1,292 kawasan di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam,...

Pesawat Terhempas Tragedi Kedua...

Kuala Lumpur : Nahas pesawat terhempas dekat kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16,...

Izzah Wakil Rakyat ‘Touch And Go’ – Penduduk

KUALA LUMPUR – Penduduk Parlimen Lembah Pantai menganggap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai wakil rakyat ‘touch and go‘ kerana tidak mampu berkhidmat untuk rakyat sepanjang 10 tahun menyandang kerusi Parlimen itu.

Mereka merasakan telah diabai dan diperalatkan Nurul Izzah yang disifatkan datang ke Lembah Pantai hanya untuk mengejar undi untuk menang pilihan raya.

Pengerusi Penduduk Pangsapuri Taman Pantai Indah Fasa 2, Abdul Talib Abdullah, 59, berkata penduduk di kawasan itu sudah hilang kepercayaan terhadap PKR.

“Sepuluh tahun dia jadi wakil rakyat Lembah Pantai, jarang sekali berjumpa penduduk. Datang hanya ‘touch and go‘ sahaja.

“Selama ini wakil UMNO dan Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula yang banyak turun padang walaupun bukan wakil rakyat. Kami tidak akan percaya pada PKR lagi,” katanya kepada Bernama sewaktu kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan itu hari ini.

Pada pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini, kerusi Parlimen Lembah Pantai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Raja Nong Chik (BN) yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Bendahari PAS Lembah Pantai, Fauzi Abu Bakar (PAS) dan Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR).

Pada PRU13, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.


Abdul Talib seterusnya berkata beliau yakin hampir 95 peratus penduduk di situ akan menolak pembangkang dan mahu BN kembali berkhidmat untuk rakyat di kawasan Parlimen itu.

Seorang lagi penduduk, Hatijah Parikutty, 56, berkata sepanjang dua penggal PKR di Lembah Pantai, tiada apa sebarang perubahan dibawa parti itu.

“Dua penggal rakyat pilih dia (Nurul Izzah) tapi tiada apa yang dia buat untuk rakyat di sini. Kini dia ‘lari’ tinggalkan orang yang mengundi beliau dahulu,” katanya. – BERNAMA

Kategori