Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Cuaca Buruk Di Beberapa...

PETALING JAYA – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal...

Emoji ‘Cubitan’ Paling Menonjol...

BERSEDIA untuk menggunakan emotikon baharu yang akan datang untuk 2019? Anda boleh melihat banyak...

KJ Lepaskan Larian Baton...

BANGKOK - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyertai Larian Baton Bangkit Bersama...

Harga Minyak Turun.. Harga...

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini ditempelak di laman...

J/kuasa Khas Perhalus Keperluan Pengguna Disaran

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mempertimbang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas atau suruhanjaya bagi memperhalus keperluan dan hak-hak pengguna di negara ini.

Bekas Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Prof Mohd Hamdan Adnan berkata cadangan itu selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan dan kerajaan mesra pengguna.

“Jawatankuasa atau suruhanjaya tersebut kelak bakal membawa suara pengguna kepada kumpulan pentadbiran negara dengan nada yang lebih mudah difahami dan lebih lunak didengar secara menyeluruh dan bermakna,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Hamdan berkata dengan kepimpinan baharu negara, masanya amat sesuai dan wajar untuk menimbangkan cadangan penubuhan jawatankuasa atau suruhanjaya itu untuk mengangkat hak-hak rakyat selaku pengguna yang selama ini berdepan pelbagai isu yang menekan, ke tahap sewajarnya.

“Hak rakyat dan pengguna mesti dibela agar impian untuk melihat akan wujudnya Malaysia yang aman, maju dan sejahtera dapat dicapai menjelang 2020,”katanya. – BERNAMA

Kategori