Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Lancar LJK8...

SEREMBAN - Ramadan kali ini membawa berita gembira buat penduduk di 433 kampung...

Hai ‘Pelajar Manja’ Sekalian,...

PERKARA panas yang akhir-akhir ini mendapat perhatian pengguna media sosial sudah tentunya kes...

Fasa Endemik: KKM Tumpu...

PUTRAJAYA : Peralihan fasa daripada pandemik Covid-19 ke endemik membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Lagi Video Aksi Manja...

SEBELUM ini, video rengekan manja aktres Ruhainies ketika hendak disuntik jarum menjadi tular...

Jadi ‘Mangsa’ Keadaan, Nelydia Luah Rasa Di Twitter?

TONGGAK utama drama, Lafazkan Kalimah Cintamu iaitu Nelydia Senrose menjadi bualan netizen di media sosial apabila memuat naik status penuh tanda tanya di laman Twitter pada Isnin.

Status berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang mana rata-rata mendakwa ia mempunyai kaitan dengan insiden yang menimpa kakaknya iaitu Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

Menerusi entri berkenaan, pelakon berusia 24 tahun itu dilihat seolah-olah menyatakan apa yang terbuku di hati selain turut memberi gambaran mengenai keadaannya sekarang.

“I wonder how much of what weighs me down is not mine to carry,” tulis pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu.

Hasil tinjauan kami menerusi entri tersebut juga mendapati netizen tidak henti-henti membanjiri ruangan komen status berkenaan dengan meninggalkan mesej positif buat aktres jelita itu.

Malah, netizen juga sempat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Nelydia selain mendoakan wanita itu dikurniakan kesabaran serta ketabahan yang tinggi untuk menghadapi apa jua dugaan yang mendatang.

“Setiap manusia itu akan diuji dengan berbagai dugaan jadi kita sebagai manusia ini kena lah kuat kan diri untuk tempuhi setiap dugaan itu dengan hati yang tenang tanpa ada rasa terbeban di atas dugaan yang dihadapi itu,” tulis Ewan*Famosa*_EF88.

Stay strong @NelydiaSenrose and family. Setiap dugaan pasti menguatkan. Tetap kekal bersama family and your siblings. Sokongan antara satu sama lain sangat diperlukan. Jadi sumber kekuatan k,” ujar Rose Mawati pula.

“Bersabarlah dear Nely, hadapi dugaan ini dengan tabah dan sentiasa jaga diri sebab kita tidak kenal musuh di sekeliling kita, kami tetap sokong Nely sampai bila-bila,” tulis Fauziah.


Sebelum ini, Instagram milik Nelydia menjadi tempat perbalahan netizen apabila kakaknya itu membuat keputusan menutup ruangan komen selepas berita penahanannya berkenaan kes dadah tersebar luas di media.

Baca: “Kakak Yang Berak, Adik Pula Kena Tahi”

Sekadar imbas kembali, Uqasha ditahan pihak polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya pada Ahad lepas.

Sumber berkata, dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, di ibu negara selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, pukul 11.45 pagi.

Juga: Uqasha Senrose Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi media mengesahkan penahanan seorang pelakon wanita.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap artis wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dibebaskan dari tahanan dengan jaminan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori